KUALA LUMPUR: Pasukan pembelaan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah hari ini mengemukakan bantahan terhadap lebih separuh daripada pernyataan saksi bertulis bekas pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atas alasan ia sebagai pendapat dan kesimpulan mengenai kes pengubahan wang haram berjumlah RM9.5 juta yang dihadapi peguam itu.
Peguam Harvinderjit Singh yang mewakili Muhammad Shafee memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa pembelaan mendapati 33 daripada 51 perenggan pernyataan Syed Nasrul Fahmi Syed Mohamad perlu dipadam kerana dakwaan unsur prejudis.
"Pernyataan saksi ini mengandungi 13 muka surat dan terdapat 51 perenggan. Saya membuat pemohonan supaya 33 perenggan daripada pernyataan saksi ini dibuang kerana beliau bukan pakar undang-undang untuk memberi keterangan-keterangan sedemikian," kata Harvinderjit di hadapan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin.
Beliau membuat bantahan itu sebelum Syed Nasrul Fahmi, yang merupakan saksi ketujuh pendakwaan, memberi keterangan.
Semasa prosiding itu, Harvinderjit membacakan beberapa perenggan dan menegaskan bahawa pernyataan Syed Nasrul Fahmi seolah-olah menunjukkan bahawa saksi itu telah mendapati anak guamnya (Muhammad Shafee) bersalah, sesuatu yang hanya boleh dilakukan oleh seorang hakim.
"Agak pelik apabila seseorang membaca pernyataan saksi. Kelayakan saksi adalah dalam perakaunan dan bukan undang-undang, namun dia memberi pendapat tentang tafsiran peruntukan Akta Cukai Pendapatan. Itu pendapat undang-undang dan orang yang boleh memberi pendapat undang-undang adalah Yang Arif," kata peguam itu.
Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Afzainizam Abdul Aziz berkata isu yang dibangkitkan pihak pembelaan sangat serius.
"Sekiranya mahkamah memutuskan tidak memihak kepada kami, bermakna kami tidak boleh menggunakan pernyataan saksi sama sekali. Jika dipadam, ia akan menjejaskan bukti yang akan dikemukakan oleh pihak pendakwaan. Kami membantah bantahan itu dan ingin menanganinya terlebih dahulu pada tarikh lain," kata TPR.
Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, Hakim Muhammad Jamil mencadangkan saksi itu membacakan pernyataannya terlebih dahulu pada sesi akan datang supaya pihak pembelaan dapat menunjukkan di mahkamah perenggan yang mereka ingin padamkan.
Perbicaraan bersambung 8 Dis.
Pada 13 Sept 2018, Muhammad Shafee mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima wang hasil kegiatan haram berjumlah RM9.5 juta melalui dua cek dikeluarkan oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank Berhad miliknya.
Beliau didakwa menerima cek RM4.3 juta pada 13 Sept 2013 dan RM5.2 juta pada 17 Feb 2014.
Peguam itu juga berdepan dua pertuduhan terlibat dalam transaksi hasil daripada aktiviti haram iaitu mengemukakan penyata tidak betul dan bertentangan dengan perenggan 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Dis 2013 dan 31 Dis 2014.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 26 2021
Muhammad Shafee mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima wang hasil kegiatan haram berjumlah RM9.5 juta melalui dua cek dikeluarkan oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. - Gambar fail/BERNAMA
AWANI Pagi: Pembedahan aestetik - Mahu cantik tapi selamat
Trend untuk melakukan pembedahan plastik secara pantas, ringkas dan murah melalui individu tidak bertauliah adalah sangat merisaukan.
Ikuti diskusi AWANI Pagi bersama Pakar Bedah Plastik untuk ketahui tip dan kaedah mendapatkan rawatan yang selamat.
Ikuti diskusi AWANI Pagi bersama Pakar Bedah Plastik untuk ketahui tip dan kaedah mendapatkan rawatan yang selamat.
Keputusan rayuan sabitan bersalah Siti Bainun abai, aniaya Bella tangguh 2 Mei
Siti Bainun Ahd Razali di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 tahun bagi kesalahan mengabai serta menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down atau Bella.
Adira tetap dengan keputusan untuk berpisah dengan Datuk Red
"Apa yang saya boleh cakap keputusan saya masih tetap sama, paling penting tenang," kata Adira.
Nahas helikopter Lumut: Penghormatan terakhir buat kru TLDM terkorban
Semua jenazah akan dibawa sebaik proses bedah siasat dijalankan selesai di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
EPL: Kai Havertz pastikan Arsenal menang bergaya tewaskan Chelsea
Kemenangan itu meletakkan Arsenal tiga mata di hadapan Liverpool yang kini berada di tangga kedua dengan bermain lebih satu perlawanan.
Tesla mula jual robot Optimus menjelang akhir tahun depan - Elon Musk
Beberapa syarikat telah mempertaruhkan robot humanoid untuk penuhi potensi kekurangan tenaga kerja dan melaksanakan tugas berulang.
Cedera terkena letupan, padah tendang bendera Palestin
Letupan kuat dan asap tebal memenuhi lokasi tersebut sejurus dia menendang bendera Palestin yang dipasang di tengah kawasan padang rumput.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [24 April 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry;
Nahas helikopter Lumut: ATM, TLDM tubuh Lembaga Siasatan
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan
Hafizul terlibat kes tembak KLIA akan didakwa hari ini
Nahas helikopter Lumut: ATM, TLDM tubuh Lembaga Siasatan
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan
Hafizul terlibat kes tembak KLIA akan didakwa hari ini
Azerbaijan minta ICJ teruskan kes terhadap Armenia
Ia adalah salah satu daripada dua kes yang dilakukan oleh musuh negara jiran selama berdekad-dekad konflik etnik sesama mereka.
Fahami pasaran sebelum perjalanan pemula niaga adalah penting - Pengasas
Peralihan daripada usahawan solo kepada ketua yang boleh membina dan meneraju pasukan juga penting.
1MDB: Muhammad Shafee ditegur hakim kerana bersikap 'keterlaluan'
Ketua peguam bela yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak ditegur apabila dilihat menyerang kredibiliti pengawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika perbicaraan.
Keputusan permohonan Najib mulakan semakan kehakiman cabar kewujudan Titah Adendum 5 Jun
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 5 Jun untuk memutuskan permohonan kebenaran semakan kehakiman difailkan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mencabar kewujudan perintah tambahan beliau.
Ada seorang saksi penting dijangka sokong permohonan Najib untuk tahanan di rumah - Shafee
Seorang saksi penting dijangka memfailkan afidavit bagi menyokong permohonan kebenaran Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memulakan semakan kehakiman.
Shafee alami palpitasi, perbicaraan kes 1MDB Najib tangguh
Perbicaraan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kes penyelewengan RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Tinggi ditangguhkan hari ini.
Najib akan mohon pengampunan kali kedua - Shafee
Peguamnya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan permohonan itu dibuat disebabkan anak guamnya tidak mendapat keadilan ketika perbicaraan dan proses Lembaga Pengampunan.
Tunggakan cukai: Muhammad Shafee perlu bayar RM5.5 juta kepada LHDN
Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi supaya membayar tunggakan cukai pendapatan lebih RM5.5 juta kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
LHDN peroleh penghakiman terus kes tunggakan cukai Muhammad Shafee
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan LHDN untuk memasukkan penghakiman terus terhadap peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkaitan kes tunggakan cukai.
Pendakwaan tarik balik rayuan, keputusan lepas dan bebas Shafee kekal
Penarikan balik rayuan itu bermakna pembebasan Muhammad Shafee dalam keempat-empat kes itu kekal.
Tunggakan cukai pendapatan RM9.41 juta: Shafee, LHDN akan selesai kes
Muhammad Shafee dan LHDN memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa, kes tuntutan tunggakan cukai pendapatan, berada dalam proses penyelesaian.
Najib tidak bekerjasama selepas didakwa - Pegawai penyiasat 1MDB
Datuk Seri Najib Razak dikatakan tidak memberi kerjasama ketika disoal siasat berhubung penyelewengan dana 1MDB.