KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim dilantik sebagai pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) berkuat kuasa serta-merta.
Perkara tersebut diumumkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Zuraida Kamaruddin pada satu sidang media hari ini.
Zuraida berkata pengalaman lima penggal sebagai wakil rakyat dan dalam tadbir urus yang ada pada Shahidan amat diperlukan untuk melonjakkan prestasi PR1MA.
"Pengalaman beliau sebagai menteri besar Perlis dan pernah bertugas sebagai menteri di jabatan perdana menteri, jadi ini adalah tempat yang betul untuk beliau menjadikan misi bagi menyediakan kediaman mampu milik di negara ini," katanya ketika mengadakan lawatan di ibu pejabat PR1MA di sini hari ini.
Beliau turut mengumumkan pelantikan Shahidan sebagai pengerusi Perbadanan Perumahan Malaysia.
Perbadanan itu ditubuhkan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebagai entiti yang akan menyelaraskan kesemua agensi pembangunan perumahan dalam merancang pembinaan dan menyediakan pelan kewangan bagi Rumah Mampu Milik (RMM).
Pelantikan Shahidan sebagai pengerusi PR1MA bagi menggantikan Tan Sri Eddy Chen yang memegang jawatan tersebut pada 2018.
Sementara itu, mengenai Perbadanan Perumahan Malaysia (NHC), Zuraida berkata antara fokusnya adalah melaksanakan penyelidikan dan perancangan strategik khususnya dari segi pemusatan pangkalan data perumahan, mengatasi masalah ketidaksepadanan antara bekalan dan penawaran terutama bagi perumahan mampu milik sama ada awam mahupun swasta.
"Ia juga akan melihat akta, perundangan, kawalan, pelesenan dan penguatkuasan perundangan perumahan bagi menjaga kepentingan semua pihak yang terlibat dalam industri perumahan seperti pembeli, pemaju, kontraktor serta pembiaya kewangan," katanya.
Selain itu, penubuhannya juga bagi menguruskan insentif perumahan, skim sewaan, pembiayaan perumahan, penyelenggaraan dan pengurusan unit tidak terjual.
Zuraida berkata penubuhan entiti tunggal perumahan itu akan turut memacu agenda perumahan negara dengan lebih kohesif dan efisen dari segi kewangan, pentadbiran dan memastikan pemilikan rumah rakyat Malaysia mencukupi, berkualiti dan mampu milik.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 09 2021
Zuraida berkata pengalaman lima penggal sebagai wakil rakyat dan dalam tadbir urus yang ada pada Shahidan (gambar) amat diperlukan untuk melonjakkan prestasi PR1MA. - Gambar fail
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
MyCC sudah siapkan laporan kajian kartel padi, beras - Fuziah
Laporan itu adalah antara usaha kerajaan mengawal harga padi dan beras dengan antara tumpuan adalah menumpaskan kartel yang wujud.
Segerakan penubuhan universiti sukan di Malaysia
Dengan adanya universiti sukan ini, ia mampu dijadikan sebagai tempat pemusatan kepakaran akademik yang membolehkan pelbagai kajian dan inovasi kreatif dalam bidang sukan dilaksanakan.
KOM cadang kerajaan tubuh universiti sukan
Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) akan mencadangkan kepada kerajaan untuk menubuhkan universiti sukan pada masa depan.
Kampung Sungai Baru: ‘Sudah gaharu cendana pula...', kata Dr Zaliha kepada Shahidan
Selepas tertangguh sekian lama, pecah tanah projek itu dijangka boleh diadakan pada penghujung tahun ini.
Olimpik Paris 2024: Terima kasih KOM atas kepercayaan diberikan - Azeem Fahmi
Raja pecut negara, Azeem Fahmi, sah mengisi slot ke Sukan Olimpik Paris 2024 selepas pengumuman yang dilakukan oleh Kesatuan Olahraga Malaysia.
UiTM: 'Soalan berbentuk kesamarataan tidak wajar ditanya' - Shahidan
Sebarang soalan berbentuk kesamarataan tidak wajar ditanya, terutamanya di Dewan Rakyat, kata Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim.
Malaysia tuan rumah Kejohanan Olahraga Remaja Asia Tenggara tahun depan - KOM
Malaysia akan menganjurkan Kejohanan Olahraga Remaja Asia Tenggara pada tahun depan selepas giliran penganjuran itu pada tahun ini diserahkan kepada Thailand.
Shahidan, Rayer saling label-melabel ‘biadab’ di Dewan Rakyat
Kekecohan itu tercetus apabila Shahidan membangkitkan isu konflik Palestin dan sekali lagi memetik nama Nga Kor Ming (PH - Teluk Intan).
Shahidan, Annuar dilantik AJK Pas Pusat
Pelantikan tersebut dicadangkan serta dipersetujui berdasarkan peruntukan Fasal 25 dan 26 Perlembagaan parti berkenaan.
Shahidan dakwa Jimmy Puah sokong Israel, panaskan Dewan Rakyat
Dewan Rakyat pada Isnin kecoh apabila Datuk Seri Shahidan Kassim (PN - Arau) mendakwa Jimmy Puah Wee Tsen (PH - Tebrau) menyokong Israel.