Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim menegaskan sudut sidang media di lobi Parlimen hanya untuk kegunaan anggota parlimen, bukan orang awam.
Beliau berkata anggota parlimen dari semua parti telah bersetuju dan mengetahui dari awal kegunaan sudut itu hanya dikhaskan bagi sidang media anggota parlimen.
"Tidak kiralah apa-apa sidang media sekalipun, jika melibatkan orang awam, saya minta ia dilakukan di khemah pelawat yang telah disediakan di luar bangunan parlimen.
"Khemah tersebut kita sediakan cukup selesa dan mampu menampung kira-kira 200 orang," katanya kepada pemberita, di lobi Parlimen hari ini.
Shahidan merupakan menteri yang bertanggungjawab untuk sebarang hal ehwal berkaitan Parlimen.
Beliau berkata demikian apabila pembangkang hari ini didapati membawa orang awam masuk untuk menyertai sidang media mereka di sudut yang disediakan tersebut.
Menurut Shahidan, persidangan Dewan Rakyat akan diteruskan seperti biasa sepanjang Ramadan namun juadah berbuka dan moreh akan disediakan malah anggota parlimen, pemberita dan tetamu boleh menunaikan solat tarawih di surau bangunan Parlimen.
"Persidangan akan tamat pada 7.30 malam bagi memberi laluan kepada solat Maghrib, Isyak diikuti solat tarawih tetapi jika sesi perbahasan memerlukan masa yang panjang, ia mungkin akan habis lewat," katanya.
Bernama
Wed Jul 10 2013
'Made in Malaysia' - Apple punyai 19 kilang pembekal di negara ini
Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai beberapa kilang pembekal yang menawarkan komponen kepada Apple.
SPRM lancar bilik gerakan PRK Kuala Kubu Baharu
SPRM melancarkan bilik gerakan, bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa.
WEF anjur mesyuarat khas di Arab Saudi ketika suhu geopolitik Asia Barat memanas
WEF keluar dari kelazimannya dengan menganjurkan mesyuarat khas dua hari, 28-29 April 2024 di Riyadh, Arab Saudi.
Kerajaan rangka hala tuju beri lebih banyak perlindungan kepada kanak-kanak
Kerajaan akan merangka hala tuju bagi memberikan lebih banyak perlindungan dari segi undang-undang kepada kanak-kanak di negara ini.
Tiada tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi kadar dibenarkan - KKM
Tiada mana-mana jenama tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi paras yang dibenarkan di bawah undang-undang.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Menurut Jawatankuasa Pemandu FFC, Ann Wright, pihaknya akan memaklumkan perkembangan terbaharu kepada semua delegasi terlibat sekiranya tarikh akhir pelayaran ditetapkan.
Bytedance enggan jual TikTok di Amerika Syarikat
BYTEDANCE kini mengatakan mereka tidak akan menjual perniagaan TikTok di Amerika Syarikat (AS).
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Cegah jenayah: Kerjasama komuniti kekang jenayah secara holistik
Jelasnya, program seumpama ini diharap dapat memberikan pendedahan tentang pencegahan jenayah dan menzahirkan aspirasi PDRM untuk penglibatan aktif warga komuniti dalam memerangi aktiviti jenayah.
PRK Kuala Kubu Baharu: Boon Lai tarik diri saat akhir
Hasrat Chng Boon Lai menjadi salah seorang calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu tidak kesampaian.
Pembayaran BR1M secara manual di Perlis lebih mudah dan cepat - Shahidan
Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) secara manual sebenarnya lebih mudah dan cepat selain peluang rakyat menemui pemimpin untuk meminta pertolongan.
Nelayan asing yang menceroboh perairan negara dilatih tentera ada kebenaran - Shahidan
Laporan media bahawa nelayan sebuah negara asing yang menceroboh perairan negara tahun lepas untuk menangkap ikan mendapat latihan separa tentera ada kebenaran, kata Datuk Seri Shahidan Kassim.
Perangi aktiviti pembalakan selama 10 tahun, bendung bencana banjir
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini mengesyorkan agar aktiviti pembalakan dihentikan selama 10 tahun.
Air banjir dari Pahang dan Terengganu tidak akan mengalir ke Kelantan - Shahidan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim memaklumkan Sekolah Menengah Kebangsaan Manek Urai masih berdiri teguh.
Jangan persoal Hari Berkabung Malaysia - Shahidan
Datuk Seri Shahidan Kassim mengulas respon daripada segelintir rakyat Malaysia mempertikai hari perkabungan dan upacara bertafakur berhubung istiadat penghormatan 20 jenazah mangsa MH17.
Shahidan: Sudut sidang media lobi Parlimen untuk anggota Parlimen
Beliau berkata anggota parlimen dari semua parti telah bersetuju dan mengetahui dari awal kegunaan sudut itu hanya dikhaskan bagi sidang media anggota parlimen.
Adakah Artikel 88 masih relevan?
Tumpuan utama laporan sukan minggu ini, sudah pasti terarah kepada Jawatankuasa Tatatertib FAM yang terus menegakkan hukuman kepada mereka yang melanggar Artikel 88 Statut FAM.
Shahidan digantung 30 bulan dan denda RM39,000 - FAM
Datuk Seri Shahidan Kassim dikenakan hukuman penggantungan selama dua tahun setengah dan denda RM39,000 oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia.
Lantik 'panglima' yang tepat terajui BN Perlis
Datuk Seri Shahidan Kassim mahu Barisan Nasional (BN) memilih "panglima" yang tepat untuk mengetuai jentera parti itu.