Pengumuman pelantikan Tan Sri Shahrir Abdul Samad sebagai pengerusi baharu Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) sejurus selepas sambutan tahun baharu 2017 berjaya mencuri tumpuan pelbagai pihak.
Perhatian terarah kepada anggota Parlimen Johor Bahru itu dalam memulakan tugas dan tanggungjawab mengetuai agensi kerajaan persekutuan yang sering mendapat liputan media berikutan Felda kini dikatakan berdepan pelbagai isu melibatkan kepentingan peneroka di seluruh negara.
Tidak hairanlah apabila Shahrir, 66, dalam ulasan pertamanya memikul jawatan barunya itu berikrar untuk menjaga dan menjamin kepentingan 112,000 peneroka dan memperkasakan peranan serta fungsi Felda.
"Saya minta pada pihak pengurusan untuk tumpu tanggungjawab asal. Kita kena perhebatkan lagi perhatian kita, bantuan kepada kebun-kebun peneroka, kerana kebun-kebun ini yang menjadi punca pendapatan mereka," kata Shahrir mengenai fokusnya selepas ini.
Shahrir berpengalaman luas dalam pentadbiran kerajaan dan pernah menjadi menteri di tiga kementerian selain pernah menyandang jawatan pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
Berikut adalah antara sedutan temu bual eksklusif Bernama bersama Shahrir yang berlangsung di pejabatnya di Menara Felda di sini baru-baru ini.
BERNAMA: Felda kini terpaksa menangani pelbagai isu dan persepsi negatif. Bagaimana agensi ini merancang untuk menanganinya?
SHAHRIR: Saya tengok masalah Felda ini adalah lebih kepada persepsi dan salah faham, sehingga ramai orang tidak boleh membezakan antara Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), sebuah syarikat yang disenaraikan di Bursa Saham, dan Felda sebagai sebuah badan pihak berkuasa iaitu lembaga yang ditubuhkan di bawah Akta Parlimen. Jadi ada salah faham dan kekeliruan, bukan sahaja di peringkat peneroka tetapi juga pemimpin dunia perniagaan.
Contohnya, saya berjumpa dengan kenalan seorang ahli perniagaan yang berpengetahuan tinggi (dalam dunia perniagaan). Dia marah pada FGV, katanya 'Apa pasal FGV beli hotel di London?' Saya jawab "sebenarnya bukan FGV yang beli (sebaliknya) yang beli hotel di London itu adalah Felda melalui anak syarikatnya".
Maknanya orang yang sepatutnya mempunyai kefahaman dari segi dunia perniagaan, kedudukan yang agak kukuh dan tinggi dalam masyarakat perniagaan Malaysia pun boleh keliru dan tidak faham, dan tak boleh membezakan di antara Felda dan juga FGV. Tanggungjawab kita adalah menjelaskan sebelah mana FGV, dan sebelah mana Felda. Saya menjadi Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad menjadi Pengerusi FGV.
FGV merupakan syarikat awam tersenarai di Bursa Saham, jadi kenalah mematuhi segala keperluan urus tadbir Bursa Saham sebagai sebuah syarikat awam. Di peringkat Felda pula kita mesti mengikut akta dan bergerak mengikut kehendak Akta Felda itu sendiri. Sambil itu, Felda mempunyai anak-anak syarikat kerana Felda mempunyai kuasa untuk menubuhkan anak-anak syarikat. Jadi anak-anak syarikat itu harus dikawal, diuruskan oleh Lembaga Felda ataupun oleh pihak Felda.
BERNAMA: Bagaimanapun sebagai pemegang saham terbesar, Felda tidak boleh memisahkan diri daripada FGV?
SHAHRIR: Tentunya sebagai pemegang saham yang terbesar dalam FGV, kita nak melihat FGV berjaya. Ia boleh bergerak maju, boleh menguruskan perniagaan dengan baik. Tetapi ia masih menjadi badan yang berbeza. Felda tidak boleh mencampuri urus tadbir FGV kerana FGV sebuah syarikat yang mempunyai peraturan dan kaedah-kaedahnya yang tersendiri. Felda memegang kepentingan saham terbesar dalam FGV, sudah tentu kita mempunyai kepentingan di mana kepentingan itu ialah untuk kita melihat supaya FGV maju dari segi segala urusannya.
BERNAMA: Adakah ini bermakna Felda akan menjenamakan dirinya supaya rakyat akan melihat Felda dan FGV sebagai dua entiti berbeza, terutama dalam kalangan peneroka?
SHAHRIR: Ini perlukan kerja (penerangan) yang lebih, bermakna saya juga perlu bawa mesej ini ke bawah. Saya juga perlu jelaskan kepada peneroka dan masyarakat peniaga (perbezaan Felda dan FGV). Kalau pergi kepada laman web FGV, boleh tengok profil syarikat. Memang ada segala maklumat mengenai FGV dalam laman webnya. Sebagai peniaga dan rakyat yang berminat mengenai FGV, dia kena mula mencari maklumat tentang FGV.
Tanggungjawab kami di Felda adalah untuk menyampaikan penerangan itu secara berterusan. Saya melihat peranan Felda macam tidak memberi perhatian kepada asas perniagaannya yang dulu. Saya minta pihak pengurusan untuk tumpu tanggungjawab asal. Kita kena perhebatkan lagi perhatian kita, bantuan kepada kebun-kebun peneroka, kerana kebun-kebun peneroka ini yang menjadi punca pendapatan kepada peneroka. Kalau kita katakan peranan pekebun dan peneroka sebagai ekonomi luar bandar, inilah dia. Sebenarnya, kita kena beri perhatian yang lebih jelas dan terkesan kepada kebun-kebun peneroka.
BERNAMA: Adakah maksudnya (tujuan penubuhan Felda) sudah tersasar daripada yang asalnya?
SHAHRIR: Kerana orang lebih fokus kepada penyenaraian FGV, semua mungkin terkeliru. Apa yang berlaku ialah apabila Felda melepaskan FGV, FGV mengambil alih tanah Felda Plantation, yang dulu ladang Felda yang tiada peneroka seperti ladang-ladang sawit yang lain. Jadi ladang Felda itu telah dipajakkan kepada FGV dengan pembayaran sebanyak RM250 juta setahun, dan 15 peratus daripada keuntungan hasil ladang itu.
Jadi, dulu kita nampak Felda ini ada peneroka, ada ladangnya, ada kegiatan downstreamnya (hiliran) iaitu kilang-kilang penapis dan pengangkutan, dan juga perniagaan-perniagaan yang lain. (Sekarang) semua itu telah dipindahkan kepada FGV. Yang tinggal di Felda adalah peneroka, itu sahaja dan tentunya tanggungjawab sosial dan kebajikan yang ada kaitannya dengan peneroka. Jadi jika kita lihat selepas adanya pemisahan di antara FGV dan Felda, sebenarnya Felda tinggal peneroka sahaja.... satu suasana yang mungkin adanya kekeliruan.
Bukan nak kata ada kesalahan di mana-mana (pihak), tetapi seperti kehilangan fokus, maklumlah sewaktu menyenaraikan (FGV) itu juga bermacam-macam perkara berlaku macam drama, seperti pengarah besar bertukar, soal Koperasi Permodalan Felda Malaysia Bhd dan macam-macam lagi.
Bila berlaku drama seperti ini, telah membawa kepada keadaan mungkin kita terlepas pandang. Sedangkan sebenarnya, Felda hanya tinggal dengan 112,000 peneroka dan keluarga mereka. Begitu juga dengan masalah sebagai sebuah organisasi yang sudah berusia 60 tahun, tentunya ada generasi yang kedua dan seterusnya. Tambah lagi Felda sebagai satu komuniti dan juga masyarakat, sudah tentu ada soal-soal sampingan yang berlaku.
Sekiranya kita berbalik semula kepada soal Felda yang menjaga peneroka, maknanya kita perlu fokus kepada kebun peneroka-peneroka dan juga soal-soal yang bersangkut-paut dengan generasi kedua peneroka Felda.
Selain itu, kita juga harus tentukan kita mempunyai keupayaan untuk membiayai aktiviti-aktiviti ini kerana dulu kita mempunyai ladang-ladang Felda yang memberi hasil kepada Felda. Sekarang kita tinggal apa yang diwujudkan iaitu Felda Investment Corporation, sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan untuk menghasilkan pendapatan tambahan kepada Felda sendiri.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 01 2017
Shahrir berikrar untuk menjaga dan menjamin kepentingan 112,000 peneroka dan memperkasakan peranan serta fungsi Felda. - Gambar fail
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Banjir di Kelantan pulih sepenuhnya, mangsa di Johor berkurang
Keadaan di Kelantan pulih sepenuhnya petang tadi manakala jumlah mangsa ditempatkan di PPS di empat negeri iaitu Johor, Perak, Melaka dan Negeri Sembilan tidak jauh berubah.
Johor hasrat perluas tanaman lada hitam
Johor berhasrat memperluas tanaman lada hitam berskala sederhana di negeri ini, kata Pengerusi Jawatankuasa, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri Datuk Zahari Sarip.
Suzana Idayu Wati wanita pertama dilantik Pengarah Besar Felda
Ahli Lembaga Pengarah Felda Datuk Suzana Idayu Wati Osman dilantik sebagai Pengarah Besar Felda yang baharu berkuat kuasa hari ini, menjadi wanita pertama dilantik ke jawatan berkenaan.
Felda mahu pupuk hubungan perniagaan Malaysia dan Indonesia
Felda bersedia untuk menghubungkan syarikat Malaysia, khususnya unit perniagaannya dengan firma dalam KEIND untuk meneroka peluang baharu di kedua-dua negara dan antarabangsa.
12 cedera dua kereta bertembung di Jengka
Sebanyak 12 individu termasuk empat kanak-kanak cedera selepas dua kereta bertembung di Jalan Felda Jengka 4 menghala Maran hari ini.
Taaveekun, KPF Agro Properties perluas kerjasama, edar baja perapi tanah untuk ladang Felda
Kumpulan Taaveekun akan terus memperluaskan kolaborasi bersama KPF Agro Properties Sdn. Bhd dalam penghasilan dan pembekalan perapi tanah untuk merawat tanaman sawit di ladang-ladang FELDA di Malaysia
'Jangan lupa jasa peneroka awal Felda' - PM Anwar
Jasa peneroka awal Felda jangan sesekali dilupakan kerana golongan itu merupakan pengasas tanah rancangan tersebut dan hasil usaha mereka, dinikmati generasi masa kini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bincang, teliti rayuan untuk serah tanah adat kepada penduduk di Tambisan - Anwar
Kerajaan Persekutuan dan negeri, serta Felda, akan adakan perbincangan untuk meneliti rayuan mengenai penyerahan semula tanah adat di Tambisan.
Malaysia mahu berbaik dengan semua negara - Anwar
Beliau meminta tidak ada pihak cuba menekan negara dalam menjalin hubungan diplomatik dengan negara-negara lain.
RM267.76 juta untuk projek prasarana awam, rumah ibadat bukan Islam di Johor
KPKT mengumumkan peruntukan RM267.76 juta bagi 40 projek prasarana awam serta pembaikan dan penyelenggaraan rumah ibadat bukan Islam (RIBI) di Johor tahun ini.