awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Shahrizat harap BETR 2.0 turut sertakan agenda ekonomi wanita Bumiputera

Bernama
Bernama
04/04/2017
13:34 MYT
Shahrizat harap BETR 2.0 turut sertakan agenda ekonomi wanita Bumiputera
Menurut Shahrizat, program BETR 2.0, di bawah Unit Peneraju Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju), merupakan satu tindakan tepat dalam penelitian semula Agenda Transformasi Ekonomi Bumiputera dan bersesuaian dengan cabaran ekonomi semasa.- Gambar fail
Penasihat Pembangunan Keusahawanan dan Ikhtisas Wanita di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, berharap Agenda Ekonomi Wanita Bumiputera turut disertakan dalam Makmal Sindikasi Hala Tuju Transformasi Ekonomi Bumiputera (BETR 2.0).
Beliau berkata agenda itu akan menjadi medium baharu bagi wanita bumiputera untuk lebih berdaya saing dan mengukuhkan penyertaan mereka dalam ekonomi negara.
"Saya berharap makmal ini dapat membincangkan isu-isu berkaitan wanita dalam menghasilkan satu struktur khusus untuk wanita dalam bidang ekonomi.
"Saya yakin anjakan paradigma ini dapat membantu melonjakkan sumbangan wanita dalam pembangunan ekonomi seterusnya kestabilan negara dapat dirasai oleh setiap lapisan masyarakat," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Katanya program BETR 2.0, di bawah Unit Peneraju Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju), merupakan satu tindakan tepat dalam penelitian semula Agenda Transformasi Ekonomi Bumiputera dan bersesuaian dengan cabaran ekonomi semasa.
BETR 2.0 dilancarkan semalam oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan yang mewakili Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bertujuan membincangkan dan meneliti semula dasar-dasar dalam Agenda Transformasi Ekonomi Bumiputera. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abdul Rahman Dahlan
#Agenda Ekonomi Wanita Bumiputera
#Ahmad Zahid Hamidi
#BETR 2.0
#Shahrizat Abdul Jalil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan