awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kelantan hargai arahan Perdana Menteri percepat penggantian titi gantung Lata Rek
'Green lab' bakal disediakan di sekolah rendah di Alor Gajah
Reman suspek kes letupan di Nilai disambung seminggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Shahrizat kekal sebagai Presiden PARFUM 2021/2022

Bernama
Bernama
27/02/2021
14:50 MYT
Shahrizat kekal sebagai Presiden PARFUM 2021/2022
Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil mengekalkan jawatannya sebagai Presiden Pertubuhan Alumni Rumpun Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya (PARFUM) bagi 2021/2022. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil mengekalkan jawatannya sebagai Presiden Pertubuhan Alumni Rumpun Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya (PARFUM) bagi 2021/2022 dalam sesi pemilihan ahli jawatankuasa pertubuhan itu semalam.
Setiausaha Kehormat PARFUM Edwin Paramjothy dalam kenyataan hari ini berkata mesyuarat yang turut dihadiri Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang juga ahli PARFUM, turut memilih Timbalan Presidennya Tan Sri Muhammad Shafee Md Abdullah.
Beliau berkata Mesyuarat Agung PARFUM dijalankan secara maya turut dihadiri mantan Ketua Hakim Negara Tun Raus Sharif selaku Penaung PARFUM.
Selain Edwin, turut dipilih pada mesyuarat berkenaan ialah Bendahari Kehormat Saif Bhatti serta lima ahli jawatankuasa iaitu Shaik Mohamed Mohd Sahed, Tuan Arief Tuan Mohamad Yusof, Khairul Anwar Hairudin, Dr Vincent Ng Wei Chyun dan Prof Datuk Dr Abdul Murad Ahmad .
Katanya, PARFUM akan meneruskan program-program bagi alumni Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya terutama untuk pelajar fakulti serta beberapa program lain.
"PARFUM juga menyeru kepada semua alumni yang belum berdaftar untuk turut sama menyertai PARFUM," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Shahrizat Abdul Jalil
#Parfum
#Pertubuhan Alumni Rumpun Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya
#Mesyuarat Agung PARFUM
#Muhammad Shafee Md Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan