MALAYSIA
Shamsul Iskandar didakwa lagi, kes rasuah RM64,924 berkaitan lesen mineral Sabah
Shamsul Iskandar (tengah) sekali lagi didakwa di Mahkamah Sesyen di Shah Alam sini hari ini atas satu pertuduhan rasuah berjumlah RM64,924 melibatkan kelulusan lesen penerokaan mineral di Sabah. -- fotoBERNAMA
SHAH ALAM: Bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, sekali lagi didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas satu pertuduhan rasuah berjumlah RM64,924 melibatkan kelulusan lesen penerokaan mineral di Sabah.
Ringkasan AI
Shamsul Iskandar @ Yusre Mohd Akin, 50, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Datuk Mohd Nasir Nordin.
"Faham (pertuduhan), tidak (mengaku bersalah dan mohon dibicarakan)," katanya dengan nada tenang.
Shamsul Iskandar, ketika itu Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, didakwa secara rasuah memperoleh suapan berjumlah RM62,924 daripada ahli perniagaan Albert Tei Jiann Cheing, 37, di sebuah bank di Country Heights, Kajang antara 28 Nov 2023 hingga 23 Sept 2024.
Wang berkenaan dimasukkan ke dalam akaun bank seorang wanita bagi tujuan pembayaran sewa sebuah rumah di Kuala Lumpur, dan didakwa sebagai dorongan untuk membantu syarikat-syarikat milik Tei yang berkepentingan mendapatkan kelulusan lesen penerokaan mineral di Sabah.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (SPRM) [Akta 694] yang memperuntukkan hukuman di bawah Seksyen 24(1) akta sama.
Seksyen itu menetapkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda sekurang-kurangnya lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Hakim Mohd Nasir kemudian membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk menggunakan terma dan syarat jaminan yang sama seperti ditetapkan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam, dan memerintahkan kes berkenaan dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Farah Ezlin Yusop Khan dan Nurul Qistini Qamarul Abrar, manakala Shamsul Iskandar diwakili peguam Datuk Amer Hamzah Arshad, Mohd Yusmadi Mohd Yusoff dan Joshua Tay.
Terdahulu, Farah Ezlin memohon mahkamah agar terma dan syarat jaminan yang sama digunakan terhadap Shamsul Iskandar berhubung empat pertuduhan rasuah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam.
"Semalam, Shamsul Iskandar telah dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan pihak kami mencadangkan jaminan, yang telah dibenarkan sebanyak RM150,000 dengan dua penjamin warganegara Malaysia. Syarat tambahan termasuk melaporkan diri sekali sebulan di Pejabat SPRM terdekat serta tidak mengganggu saksi pendakwaan.
"Kami turut memohon agar kes ini dipindahkan ke Mahkamah Sesyen 14 Kuala Lumpur dan tarikh sebutan ditetapkan pada 8 Jan 2026," katanya.
Hakim Datuk Mohd Nasir kemudiannya membenarkan penggunaan terma dan syarat jaminan sama seperti di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, serta memerintahkan kes berkenaan dipindahkan untuk dibicarakan secara bersekali di mahkamah tersebut.
Semalam, Shamsul Iskandar didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas empat pertuduhan rasuah berjumlah RM176,829.03 melibatkan kelulusan lesen penerokaan mineral di Sabah.
Dia mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan satu persatu di hadapan Hakim Suzana Hussin.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan rasuah RM64,924 berkaitan kelulusan lesen penerokaan mineral di Sabah.
- Shamsul Iskandar mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tersebut dan mahkamah membenarkan kes dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
- Pertuduhan rasuah ini melibatkan penerimaan suapan dari seorang ahli perniagaan untuk membantu syarikat miliknya mendapatkan kelulusan lesen penerokaan mineral di Sabah.