NATIONAL
Shangri-La Rasa Ria hotel pertama di Malaysia raih sijil acara lestari
Shangri-La Rasa Ria di Kota Kinabalu menjadi hotel pertama di Malaysia dan dalam Kumpulan Shangri-La yang menerima pensijilan ISO 20121 untuk pengurusan acara lestari. -Foto Shangri-La
KOTA KINABALU: Shangri-La Rasa Ria di Kota Kinabalu mencatat sejarah sebagai hotel pertama di Malaysia yang menerima pensijilan ISO 20121 bagi pengurusan acara lestari.
Ringkasan AI
Pensijilan ini merupakan yang pertama diterima oleh mana-mana hotel dalam Kumpulan Shangri-La, menjadikan Rasa Ria sebagai pelopor di peringkat nasional dalam mengangkat standard industri hospitaliti negara.
Menurut Pengurus Besar, Fiona Hagan, kejayaan ini membuktikan iltizam mendalam pihak resort dalam mencipta pengalaman acara yang memberi impak positif kepada alam sekitar.
“Beroperasi dalam kawasan seluas 460 ekar yang merangkumi 64 ekar hutan simpan dan padang golf 18 lubang, kami tidak hanya membuat penyesuaian kecil, tetapi berusaha sepenuhnya untuk mengubah cara kerja secara menyeluruh,” katanya.
Pensijilan ISO 20121 bukan sahaja memberi tumpuan kepada pengurangan sisa dan jejak karbon, malah merangkumi elemen alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).
Antara inisiatif utama yang diambil termasuk kerjasama bersama PACOS Trust, organisasi berasaskan komuniti yang menyokong masyarakat pribumi di Sabah, serta melibatkan pembekal dan artisan tempatan dalam rantaian bekalan resort.
Langkah menuju pensijilan ini bukan sesuatu yang baharu.
Sejak 2012, Shangri-La Rasa Ria telah memperkenalkan pelbagai amalan lestari termasuk pengurangan botol kaca dan penghapusan plastik sekali guna.
Usaha ini telah membawa kepada pengiktirafan terdahulu seperti ISO 14001:2015 untuk pengurusan alam sekitar dan ISO 22000:2018 bagi keselamatan makanan.
Resort ini turut menerima pelbagai anugerah seperti Sijil Hotel Hijau oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia pada 2023, Anugerah Emas bagi Inisiatif Kelestarian Terbaik (Kategori Antarabangsa) di M&C Asia Stella Awards 2020, dan Standard Hotel Hijau ASEAN 2024-2026.
Proses mendapatkan pensijilan ISO 20121 melibatkan penilaian kendiri yang ketat, penetapan sasaran terukur, pemantauan berterusan dan pematuhan terhadap keperluan undang-undang serta laporan yang telus.
Sebagai persiapan negara menghadapi Tahun Melawat Malaysia 2026, Shangri-La Rasa Ria kekal komited menjadikan Malaysia destinasi utama bagi acara yang lestari dan mesra alam.
Ringkasan AI
- Shangri-La Rasa Ria di Kota Kinabalu menjadi hotel pertama di Malaysia dan dalam Kumpulan Shangri-La yang menerima pensijilan ISO 20121 untuk pengurusan acara lestari.
- Pensijilan ini mengiktiraf usaha menyeluruh resort dalam aspek alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), termasuk kerjasama dengan komuniti pribumi, pengurangan sisa, dan penghapusan plastik sekali guna sejak 2012.
- Resort ini telah menerima pelbagai pengiktirafan kelestarian sebelum ini dan kekal komited menjadikan Malaysia destinasi utama acara mesra alam menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.