awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sean ‘Diddy’ Combs fail rayuan mohon dibebaskan segera dari penjara
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sharifah Mazlina berlepas ke Argentina sertai misi pelayaran ke Antartika

Bernama
Bernama
14/03/2022
20:30 MYT
Sharifah Mazlina berlepas ke Argentina sertai misi pelayaran ke Antartika
Sharifah Mazlina dan Muhammad Khairul Akmal (kiri) bergambar bersama di KLIA sebelum berlepas untuk Misi Pelayaran Antartika CF2041 malam tadi. - Foto BERNAMA
SEPANG: Pengasas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) All Women Empowerment To Accelerate (Aweta), Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir berlepas ke Argentina malam tadi bagi menyertai misi pelayaran 'Climate Force 2041 (CF2041)' ke Antartika untuk mengkaji kesan pemanasan global di kawasan itu.
Turut bersamanya, seorang protege lelaki Muhammad Khairul Akmal Adam, 20, yang terpilih menerusi pemilihan khusus misi berkenaan.
Berkongsi mengenai misi tersebut, Sharifah Mazlina berkata beliau bersama-sama 150 peserta lain dari beberapa negara antaranya Amerika Syarikat, Kuwait dan Afrika Selatan akan mengharungi ekspedisi selama 12 hari bermula dari Ushuaia di Argentina.
"Misi pelayaran akan bermula Rabu ini (17 Mac) setelah kami tiba di Argentina.
"Dalam pelayaran ini semua peserta akan dibawa ke kawasan bongkah ais bagi menyaksikan sendiri impak pemanasan global," katanya kepada pemberita pada majlis pelepasan misi itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.
Sementara itu, Muhammad Khairul Akmal yang juga pelajar tahun kedua di Universiti Multimedia menyifatkan misi tersebut sebagai pendedahan kepadanya untuk mempelajari lebih banyak mengenai isu pemanasan global.
Pelajar jurusan Diploma Multimedia Kreatif itu berkata beliau akan memanfaatkan ilmu dan pengalaman daripada misi tersebut dengan berkongsi kepada golongan muda lain.
"Saya akan cuba guna teknik yang saya pelajari untuk jadikan maklumat mengenai pemasan global menarik dibaca golongan muda," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Afrika Selatan
#AWETA
#Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir
#Argentina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan