Sharnaaz Ahmad fail nusyuz terhadap Noor Nabila

Astro Awani
September 30, 2019 09:05 MYT
Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila juga telah melantik wakil jawatankuasa pendamai. - Gambar Instagram SHARNAAZ AHMAD
Pelakon terkenal, Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad telah memfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya, Noor Nabila Mohd. Noor di Mahkamah Rendah Syariah di sini , lapor portal berita Utusan Online.
Menurut peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Sharnaaz, 34, anak guamnya telah memfailkan kes tersebut pada 19 September dan diterima oleh Noor Nabila, 35, pada 22 September lalu.
Beliau berkata demikian sewaktu sebutan di hadapan Hakim Syarie, Ahmad Muttaqi Ismail, hari ini.
Portal berkenaan turut melaporkan perkara berkenaan disahkan oleh peguam syarie Azmi Rais yang mewakili Noor Nabila.
Mahkamah turut diberitahu, Sharnaaz dan Noor Nabila telah melantik wakil jawatankuasa pendamai (JKP).
Sharnaaz diwakili kakaknya Dr. Sherrini Ahmad sementara Noor Nabila melantik bapa tirinya, Datuk Abdul Halim Khan Lall Khan.
Mahkamah turut menetapkan 6 November ini bagi JKP mengemukakan laporan berhubung kemelut rumah tangga Sharnaaz dan Noor Nabila.
BACA: Nabila mahu cerai, Sharnaaz enggan lepaskan
BACA: Isteri fail cerai: Ini penjelasan Sharnaaz Ahmad
#fail #Kuala Lumpur #Mahkamah Rendah Syariah #Noor Nabila #nusyuz #Sharnaaz Ahmad