awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sheikh Maher: Kenali penyampai khutbah Arafah tahun ini

Dzulfitri Yusop
Dzulfitri Yusop
15/06/2024
08:58 MYT
Sheikh Maher: Kenali penyampai khutbah Arafah tahun ini
Sheikh Maher dilahirkan di Madinah pada tahun 1969 dan telah menghafal al-Quran sejak muda. - Gambar/ X @almuaiqly10
TAHUN ini, Sheikh Maher bin Hamad Al-Muaiqly, Imam Besar Masjidil Haram, Makkah, diberi tanggungjawab untuk menyampaikan khutbah Arafah pada hari ini.
Perintah Diraja pemilihan beliau diumumkan oleh Pengerusi Hal Ehwal Agama Masjidil Haram dan Masjid Nabawi baru baru ini.
Siapakah Sheikh Maher?
Berikut adalah beberapa fakta menarik mengenai penyampai khutbah Arafah tahun ini:
  • Sheikh Maher dilahirkan di Madinah pada tahun 1969 dan telah menghafal al-Quran sejak muda.
  • Selepas menamatkan pengajian di Kolej Perguruan Madinah, beliau mengajar matematik di Makkah.
  • Beliau kemudian menjadi mentor pelajar di Sekolah Prince Abdul Majeed.
  • Sheikh Maher memegang ijazah sarjana dalam bidang fiqh dari Universiti Umm Al-Qura dan juga doktor falsafah dalam bidang tafsir Al-Quran dan fiqh Islam.
  • Beliau berkhidmat sebagai penolong profesor dan timbalan dekan di Fakulti Pengajian Siswazah dan Penyelidikan Saintifik.
  • Sheikh Maher telah menjadi imam dan khatib di Masjid Al Sa’adi, Kejiranan Al-Awali, Makkah.
  • Beliau pernah memimpin jemaah di Masjid Nabawi semasa Bulan Ramadan tahun 1426H dan 1427H.
  • Pada tahun 1428H, beliau ditugaskan untuk memimpin solat tarawih dan tahajjud di Masjidil Haram, Makkah, semasa bulan Ramadan.
  • Khutbah Arafah boleh diikuti dalam 50 bahasa dan di YouTube.
. #_ - -. The Hajj Khateeb Sheikh Maher Al Muaiqly arrives in Arafat#_ #_ pic.twitter.com/X7e4aaQLBT
— . (@almuaiqly10) June 15, 2024
Astro AWANI akan menyediakan pelbagai kandungan sepanjang musim Haji 1445H di sini
Topic Berkaitan
#Laporan Haji 2024
#khutbah Arafah
#Sheikh Maher
#latar belakang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan