Astro Publication
Tue Dec 23 2014
Menangi petrol percuma bernilai RM10,000 – siapa tak nak?!
Shell Malaysia sekarang sedang menganjurkan pertandingan yang melayakkan sehingga 3 orang setiap bulan dari Januari 2015 hingga Mac 2015 (jumlah 9 orang) untuk memenangi hadiah utama iaitu petrol percuma untuk setahun (sehingga RM10,000).
Untuk menyertai, anda hanya perlu mengepam petrol berjumlah RM30 di mana mana stesen Shell di Malaysia; isi borang berkaitan, jawab soalan di dalam borang berkenaan dan serahkan ia bersama-sama resit pembelian petrol kepada Shell.
Selain daripada 3 pemenang hadiah utama untuk setiap bulan (masing-masing untuk Januari, Februari dan Mac), ada juga hadiah petrol bernilai RM200 untuk setiap 835 pemenang hadiah tambahan setiap minggu waktu pertandingan ini berlangsung iaitu 23 Disember 2014 sehingga 15 Mac 2015.
[Jumlah nilai ini akan diberikan di dalam kad pra-bayar Shell easiGO American Express]
Upcara pengumuman bermulanya pertandingan ini turut disertai Dato’ Seri Hasan Malek iaitu Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan Tuan Haji Azman Ismail, pengarah urusan Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd. dan Shell Timur Sdn. Bhd.
Di majlis sama pihak syarikat turut memperkenalkan kedai Shell Select deli2go©, iaitu sebuah kaedah inovatif agar Shell dapat membekalkan pelanggannya makanan serta minuman yang segar. Kedai ini diperbuat daripada kontena yang diguna semula.
Buat masa ini Shell Select deli2go© ini boleh didapati di 16 stesen terpilih. Makanan dan minuman yang disediakan semuanya dibuat di lokasi berkenaan dan dipek sesuai untuk pembeli yang memandu.
Untuk maklumat lanjut serta terma-terma pertandingan, sila layari laman web Shell Malaysia di www.shell.com.my.
Dokumen Dasar Francais Negara dibentang kepada jemaah menteri esok
Dokumen Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030) akan dibentangkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat.
Tiada kelulusan kepada EIA berkaitan projek bauksit di Bukit Goh - Nik Nazmi
Mengesahkan perkara tersebut, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebelum ini terdapat laporan EIA yang ditolak untuk projek berkenaan di lokasi yang sama.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri sehingga esok - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan pada Khamis mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terngganu.
Jumlah mangsa di empat negeri turun mendadak
Jumlah mangsa banjir di empat negeri turun mendadak setakat 2 petang Khamis.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
‘Saya cuba lakukan perkara yang betul pada masa yang sesuai’ - Dr Sam
Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar seakan memberi bayangan di sebalik tindakannya yang meletak jawatan sebagai Bendahari Agung PN pada Rabu.
Saya amat bersyukur - Zahid ulas keputusan Mahkamah Rayuan
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluahkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan Putrajaya membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan beliau dalam kes rasuah Visa Luar Negara (VLN).
AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Kabinet setuju bentuk jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam
Kabinet secara prinsip bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam.
AWANI Ringkas: Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM dirujuk ke AGC
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Shell ada RM2 juta untuk dimenangi
Pertandingan ‘Menangi Petrol Percuma Shell’ akan membahagiakan beribu-ribu pemenang