MALAYSIA
SHMMP: KPDN Pulau Pinang tempatkan 137 pegawai penguat kuasa, 60 pegawai pemantau
S. Jegan (dua kiri), melakukan pemeriksaan bersempena pelaksanaan SHMMP Krismas 2025 yang berkuat kuasa hari ini hingga 27 Disember di sebuah pasaraya hari ini. - Gambar Bernama
BUTTERWORTH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang menempatkan 137 pegawai penguat kuasa dan 60 pegawai pemantau di lokasi strategik seluruh negeri ini bagi memantau Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas 2025 bermula hari ini hingga 27 Dis.
Ringkasan AI
Pengarah KPDN negeri S Jegan berkata antara lokasi penugasan seperti pasar awam, pasar tani dan pusat beli-belah yang bertujuan melindungan pengguna daripada peniaga tidak beretika serta memastikan penguatkuasaan lebih berkesan.
"Pada masa sama, KPDN juga akan memperkukuh kerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bagi menjamin bekalan barangan terkawal adalah mencukupi sepanjang tempoh pelaksanaan skim ini," katanya pada sidang media selepas melancarkan SHMMP Krismas 2025 Peringkat Pulau Pinang, di sini hari ini.
Sehubungan itu, beliau menyeru semua pihak supaya mematuhi harga maksimum ditetapkan serta menggunakan label berwarna merah jambu bagi barangan yang tertakluk kepada kawalan harga.
Beliau berkata SHMMP Krismas 2025 melibatkan sembilan jenis barangan di Semenanjung iaitu daging kambing biri-biri bertulang import, kubis bulat import, lobak merah, tomato, cili merah, lada benggala hijau, bawang merah besar, bawang kuning besar dan ubi kentang import.
Sementara itu, Jegan berkata dari tempoh 1 Jan hingga hari ini, KPDN telah menjalankan pemeriksaan ke atas 72,652 premis seluruh Pulau Pinang, dengan 846 kes telah telah diambil tindakan atas pelbagai kesalahan melibatkan jumlah sitaan RM3,460,116 dan kompaun RM516,500.
Selain itu, beliau berkata KPDN menerima 2,635 aduan berhubung isu harga dan bekalan barangan dengan 1,146 berkaitan harga barangan dan perkhidmatan, 220 bekalan barang kawalan manakala 1,269 lain-lain aduan bagi tempoh 1 Jan hingga semalam.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- KPDN Pulau Pinang tempatkan 137 pegawai penguat kuasa dan 60 pegawai pemantau untuk memantau SHMMP Krismas 2025.
- Kerjasama dengan KPKM diperkukuh bagi memastikan bekalan barangan mencukupi sepanjang tempoh pelaksanaan skim.
- Sebanyak 846 kes tindakan diambil dan RM3.46 juta disita hasil daripada pemeriksaan premis di Pulau Pinang sepanjang tempoh 1 Jan hingga kini.