MALAYSIA
ShowTech Mardi 2025 beri impak positif kepada petani dan pengusaha makanan tempatan
ShowTech Mardi 2025 berlangsung selama lima hari bermula 29 Mei di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) dan ibu pejabatnya. - Foto/Mardi
KUALA LUMPUR: Penganjuran Showcase Teknologi (ShowTech) Mardi 2025 banyak memberi impak positif yang signifikan kepada petani dan pengusaha agromakanan tempatan.
Ringkasan AI
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) dalam kenyataan berkata, pameran inovasi terkini itu turut memberi peluang kepada para petani mendapatkan pengetahuan baharu dan teknologi yang dapat meningkatkan hasil pertanian mereka.
"ShowTech Mardi 2025 menjadi platform yang ideal untuk mempromosikan produk tempatan kepada pengguna.
"Selain itu, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dapat meningkatkan jaringan perniagaan mereka melalui kolaborasi dengan pelbagai agensi dan syarikat," kata Mardi pada Jumaat.
Institusi itu menambah, dengan kehadiran pengunjung yang ramai telah memberi peluang kepada mereka untuk mempromosi dan memasarkan produk secara langsung, meningkatkan pendapatan serta memperluaskan pasaran, seterusnya merangsang pertumbuhan ekonomi tempatan.
ShowTech Mardi 2025 berlangsung selama lima hari bermula 29 Mei di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) dan ibu pejabatnya.
ShowTech Mardi 2025 merupakan wadah terbaik untuk masyarakat dan pemain industri melihat dan memahami sendiri teknologi-teknologi, inovasi terkini serta inovasi yang telah dibangunkan oleh institut itu sejak lima tahun lalu.
Penganjuran kali kedua sejak 2023 itu, dijangka menarik kehadiran seramai 500,000 pengunjung dari pelbagai latar belakang masyarakat.
Ringkasan AI
- Platform inovasi pertanian: ShowTech Mardi 2025 menyediakan peluang kepada petani dan pengusaha agromakanan untuk mendapatkan pengetahuan serta teknologi terkini bagi meningkatkan hasil pertanian.
- Sokongan kepada PKS: Pameran ini membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) memperluaskan jaringan perniagaan melalui kolaborasi dengan pelbagai agensi dan syarikat.
- Peningkatan ekonomi tempatan: Kehadiran ramai pengunjung memberi peluang kepada pemain industri untuk mempromosikan produk secara langsung, meningkatkan pendapatan serta memperluaskan pasaran.