MALAYSIA
Siang jadi pembantu rumah, malam jadi GRO - 12 wanita asing ditahan di pusat hiburan
Antara wanita warga asing yang ditahan dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan di Bukit Mertajam. - Astro AWANI
BUKIT MERTAJAM: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan seramai 12 wanita warga asing dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan di sini awal pagi tadi, dipercayai bekerja sebagai wanita pelayan pelanggan (GRO) secara haram.
Ringkasan AI
Menurut Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JIM, Basri Othman, kesemua wanita berusia antara 20 dan 35 tahun itu terdiri daripada tiga warga Indonesia, tujuh warga Thailand dan dua warga Vietnam.
Serbuan dilakukan sekitar jam 1.30 pagi hasil risikan dan pemantauan berterusan.
“Antara yang kita perolehi daripada operasi ini, ada seorang daripada mereka mempunyai pas sebagai pembantu rumah.
"Mungkin pada sebelah siang dia bekerja sebagai 'maid' dan malamnya di pusat hiburan. Ada juga yang bekerja di kilang pada siang hari,” kata Basri pada sidang media selepas operasi.
Beliau turut mendedahkan, ketika serbuan dijalankan, beberapa individu cuba melarikan diri melalui pintu belakang dan bahagian atas bangunan, namun berjaya ditahan oleh anggota penguat kuasa.
Siasatan awal mendapati mereka telah bekerja di premis tersebut sejak enam bulan lalu, dengan kadar bayaran antara RM150 hingga RM250 sejam.
Menurut Basri, ketika serbuan, mereka sedang leka melayan pelanggan di bilik-bilik khas yang telah dikepung oleh pasukan operasi.
“Berdasarkan siasatan awal, kita anggarkan mereka telah bekerja di sini lebih kurang enam bulan,” tambahnya.
Kesemua wanita yang ditahan disiasat di bawah Peraturan 39(b), Peraturan-Peraturan Imigresen kerana melanggar syarat pas dan tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan.
Mereka dibawa ke Pejabat Imigresen Seberang Jaya untuk proses dokumentasi sebelum dihantar ke Depoh Tahanan Jawi bagi tindakan lanjut.
Ringkasan AI
- Mereka dipercayai bekerja sebagai GRO secara haram, termasuk yang memiliki pas pembantu rumah dan pekerja kilang.
- Beberapa individu cuba lari melalui pintu belakang dan bahagian atas bangunan, namun berjaya ditahan oleh penguat kuasa.
- Kesemua ditahan kerana melanggar syarat pas dan tinggal melebihi tempoh; kini menunggu tindakan lanjut di Depoh Jawi.