KUCHING : Keputusan calon Ketua Menteri Sarawak yang baharu diserahkan kepada pucuk pimpinan Parti Sarawak Bersatu (PSB), sekiranya parti itu menang pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN12).
Menurut Presiden PSB, Datuk Seri Wong Soon Koh, ketika ini masih terlalu awal untuk menentukan siapa yang akan mengisi jawatan itu.
“Apabila tiba masanya, kita akan tentukan. Biarkan ia ditentukan oleh pucuk pimpinan parti dan ahli parti,” katanya ketika ditanya media berhubung calon Ketua Menteri Sarawak yang baharu di Ibu Pejabat PSB di Kuching pada Selasa.
Antara nama yang disebut-sebut dalam pencalonan sebagai Ketua Menteri Sarawak dari parti berkenaan adalah beliau sendiri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ba’kelalan, Baru Bian.
Turut difahamkan ramai ahli Dayak PSB turut menyatakan sokongan kepada bekas Menteri Kerja Raya itu untuk menjadi Ketua Menteri Sarawak yang seterusnya. Sementara yang lain, menyokong Soon Koh kerana kedudukan beliau sebagai presiden parti.
Di samping itu, mengulas pertanyaan sama, Setiausaha Agung PSB George Lo berkata, setakat ini belum ada keputusan akhir dibuat sehingga sasaran 42 kerusi dalam pilihan raya negeri dicapai.
“Seperti apa yang dinyatakan oleh Presiden (Soon Koh), apabila kita (PSB) mencapai lebih 42 kerusi, ahli yang dipilih dan pimpinan parti boleh membuat keputusan yang bijak dalam menentukan siapa calon (ketua menteri),” ujarnya.
Untuk rekod, PSB sebelum ini telah menyatakan komitmen mereka akan bertanding di semua 82 kerusi Dewan Undangan Negeri dalam PRN-12.
Malah parti itu memerlukan sekurang-kurangnya 42 kerusi bagi merampas tampuk pemerintahan kerajaan negeri daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS).
Astro Awani
Tue Mar 09 2021
Antara nama yang disebut-sebut dalam pencalonan sebagai Ketua Menteri Sarawak dari parti berkenaan adalah beliau sendiri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bakelalan, Baru Bian. - Gambar Astro AWANI
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Putrajaya perlu terus tumpu isu pembangunan di Sarawak - Taib
Kerajaan Persekutuan perlu beri perhatian khusus kepada pembangunan di Sarawak terutamanya dalam bidang ekonomi dan pembangunan infrastruktur.
PRN Sarawak: Jadikan Kemena hub pertanian, eko-pelancongan, janji Jame Stephen
Menurut Jame, daerah Kemena mempunyai potensi besar untuk dibangunkan ke arah itu.
PRN Sarawak: Henti keluarkan kenyataan menyinggung perasaan - Ali Biju
Datuk Ali Biju berharap isu pengundurannya daripada bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Krian tidak lagi diperbesar-besarkan.
Mansuh prosedur enterSarawak, bukti keluhan anak Sarawak didengari
Kelonggaran kemasukan ke Sarawak dilihat memudahkan urusan anak-anak Sarawak untuk pulang mengundi jika Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN12) dilaksanakan dalam waktu terdekat.
Laksana Darurat di Sarawak agar PRN tidak diadakan dalam masa terdekat
Memberitahu sebab, kata Chieng Jen, penerimaan dua dos vaksin oleh penduduk negeri itu ketika ini masih rendah.
Siapa Ketua Menteri Sarawak kalau PSB menang PRN12?
Adakah Datuk Seri Wong Soon Koh atau Baru Bian akan dicalonkan sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baharu dari Parti Sarawak Bersatu (PSB)?