Siapa mahu pastikan keselamatan murid ketika belajar berenang di hotel?

Rohana Wahed
November 24, 2018 02:18 MYT
Adakah pihak hotel mahu bertanggungjawab jika sesuatu perkara tidak diingini berlaku di kolam renang mereka? - Gambar hiasan
Cadangan untuk menjadikan kolam renang hotel sebagai tempat pembelajaran renang bagi murid dan pelajar sekolah merupakan satu perkara yang tidak selamat dan boleh diguna pakai di Sarawak.
Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak, Datuk Seri Michael Manyin Jawong berkata, ini memandangkan sebanyak 1,457 buah sekolah di negeri ini dan kebanyakannya terletak di kawasan luar bandar.
Menurutnya, amat mustahil untuk para pelajar mempelajari subjek renang disebabkan ada sekolah yang tidak mempunyai kemudahan kolam renang.
Malah tegasnya, pihaknya berdepan kos perbelanjaan yang besar untuk membawa semua pelajar dari luar bandar untuk belajar berenang di kawasan bandar.
“Pihak hotel pastinya tidak akan membenarkan kolam renang mereka digunakan kerana kemudahan itu hanya untuk tetamu hotel.
“Selain itu, siapa yang akan menjadi lifeguard kerana aktiviti berenang ini tidak selamat tanpa ada pihak yang memantau terutama melibatkan murid-murid.
"Pihak hotel juga tidak mahu untuk bertanggungjawab jika sesuatu perkara tidak diingini berlaku,” katanya yang dipetik menerusi program Kalendar Sarawak hari ini.
BACA: Hotel disaran tawar kolam renang untuk aktiviti renang pelajar
BACA: Maszlee jelaskan salah faham cadangan hotel buka kolam renang untuk pelajar
BACA: 'Kolam renang hotel tidak sesuai'
#Kanak-kanak #Kolam renang #kos perbelanjaan #lifeguard #luar bandar #Menteri Pendidikan #Menteri Pendidikan Sarawak #Michael Manyin Jawong #murid #pelajar #renang #sekolah #subjek renang