[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
NATIONAL

Siapa menteri kanan yang letak jawatan? Capaian live streaming AWANI naik mendadak

Astro Awani 10/02/2017 | 12:27 MYT
Tweet terbaharu daripada Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali mencetuskan tanda tanya. - Foto Astro AWANI
Tweet terbaharu Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali mencetuskan pelbagai tanda tanya di media sosial hari ini.
Dimuat naik sekitar pukul 6.42 petang tadi, tweet tersebut terkandung kenyataan berbaur khabar angin berkenaan perletakan jawatan seorang menteri kanan.
Menurut Azmin, perletakan jawatan menteri kanan tersebut didakwa kerana enggan bersubahat dengan kontroversi yang melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Walaupun Azmin tidak menjelaskan dengan terperinci siapakah menteri kanan tersebut, rata-rata netizen mula menyebarkan tweet tersebut bagi mendapatkan kebenaran.
Sementara itu, portal Astro AWANI menerusi pautan live streaming TV menerima capaian mendadak sekitar waktu yang sama tweet tersebut dimuat naik.
Astro AWANI sering menjadi tumpuan apabila berlakunya sesuatu berita tergempar di dalam negara.
Capaian penonton live streaming Astro AWANI naik mendadak - Astro AWANI
#Azmin Ali #portal awani