KINI-TRENDING

Siapa Mustafa Mattan?

Umaira Uyop 18/02/2015 | 12:51 MYT
Mustafa Mattan, 28, lelaki Islam bangsa Somalia-Kanada ditembak mati di pangsapurinya di Fort McMurray pada 9 Februari lepas (Isnin).. Foto Ottawa at 6
Mustafa Mattan, satu nama yang agak asing bagi yang tidak mengetahui tentang kisahnya.

Sehari sebelum tragedi pembunuhan tiga remaja Muslim di Chapel Hill, Utara Carolina, Amerika Syarikat seorang lelaki Islam kehilangan nyawanya di Alberta, Kanada.

Tiada penahanan dibuat sehingga saat ini mencetuskan kemarahan umat Islam yang meggesa keadilan ditegakkan dengan membangkitkan isu ini di media sosial.

Mangsa yang dikenali sebagai Mattan, 28 tahun, lelaki Islam berketurunan Somalia-Kanada ditembak mati di pangsapurinya di Fort McMurray pada 9 Februari lepas (Isnin).

Aduan mengenai bunyi tembakan sekitar pukul 11.30 malam, membawa pihak polis ke tempat kejadian di mana mereka menemui mayat mangsa.

Mustafa, berkelulusan ijazah sains kesihatan dilaporkan baru sahaja berpindah dari Ottawa dan menetap di kediaman barunya itu kurang sebulan lalu dan bekerja keras mengumpul wang untuk perkahwinannya.

“Abang saya ditembak melalui pintu sebelum sempat mencapai tombol dan tidak sempat membuka pintu,” jelas adik lelakinya, Ahmed Mattan yang turut menetap di pangsapuri berkenaan.

Kebanyakkan pengguna sosial menyatakan kekecewaan kerana tiada pendedahan mengenai kes ini daripada media-media utama.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Ada berpendapat kematian mangsa tidak mendapat publisiti seperti insiden di Chapel Hill kerana ia tidak bermotifkan jenayah kebencian terhadap orang Islam.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Mustafa merupakan ahli jemaah Masjid Assalam di St. Laurent Boulevard, Ottawa dimana umum menyifatkannya sebagai seorang Islam yang alim dan contoh baik buat anak-anak muda.

“Beliau ahli tetap jemaah kami. Seorang yang pendiam dan sederhana. Orang terakhir yang terlintas di fikiran kamu akan pergi dalam cara yang dahsyat," kata Presiden Masjid Assalam, Abdulhakim Moalimishak.

Sahabat dan kenalan Mustafa menggunakan laman web gofundme.com di bawah nama Mustafa Mattan Funeral Cost untuk membantu keluarganya membayar kos pengkebumian.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Jenazah Mustafa selamat dikebumikan di Alberta, 12 Februari lalu.

Meskipun ada yang merasakan ia kes kesilapan identiti namun pihak polis menolak sebarang spekulasi kerana kes masih disiasat dan suspek masih diburu.
#Fort McMurray #jenayah #mustafa mattan