Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) memberi amaran kepada penternak ikan di negara ini supaya mengikut prinsip penternakan dan memberi makanan berasaskan sumber halal dalam menjaga aspek sensitiviti sumber ternakan mereka.
Pengerusi LKIM, Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, semua garis panduan juga sudah diberi untuk memastikan tidak timbul syak wasangka semasa proses pengedaran dan pengagihan ikan kepada peniaga kelak.
"Ia melibatkan ikan akuakultur. Penternak perlu sentiasa mengikut garis panduan yang diberi dalam menjaga sensitiviti agama.
"Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Agama Islam negeri juga harus membuat pemantauan mengejut di tapak perusahaan ikan untuk memastikan semua peraturan dipatuhi," katanya ketika menghubungi Astro AWANI di sini hari ini.
Irmohizam mengulas isu ikan keli yang diiambil dari pantai barat yang dijual di Terengganu dengan harga yang murah namun diragui status halalnya.
Tegasnya, Ketua Pengarah LKIM, Abdul Rahman Ellis juga sudah diminta memaklumkan kepada semua pengarah negeri seandainya ada kes seumpama itu berlaku di tempat mereka.
"Saya sedih kerana perkara ini berlaku dan kecewa kerana difahamkan ada sesetengah penternak ikan yang tidak bertanggungjawab memberi sumber tidak halal kepada ternakan mereka," ujarnya.
Dalam pada itu kata Irmohizam, pihaknya akan mengadakan perbincangan susulan dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk mewujudkan kilang makanan halal untuk ternakan ikan.
"Kita harap kilang ini dapat diwujudkan dan masalah masyarakat terhadap isu ini segera selesai.
Sebelum ini, sebuah syarikat makanan akuatik Bumiputera di Kelantan pernah menghasilkan makanan ikan khas untuk mengurangkan kebergantungan terhadap sumber makanan yang diragui kebersihan dan kesuciannya.
Makanan ikan atau pelet yang dihasilkan syarikat itu turut dijamin halal, suci dan selamat bukan sahaja untuk ternakan, malah manusia.
Astro Awani
Wed Feb 04 2015
IRMOHIZAM: Jakim diminta siasat penternak beri ikan makanan diragui status halal. -Gambar fail
Agenda AWANI: Banjir 2.0 | Jaga nyawa diri dan anggota penyelamat
Siap siaga lebih awal, tambah baik pergerakan operasi dan penyelarasan keperluan aset dan logistik. Itu persediaan yang dilakukan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dalam misi bantuan banjir gelombang kedua dan seterusnya. Temu bual bersama KP JBPM Datuk Noor Hisham Mohammad 8.30 malam ini.
AWANI Ringkas: LRT Mutiara | Sidang Parlimen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Mahkamah | Dadah | Kes Hilang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pindaan RUU 588: Satira, parodi bukan lagi jenayah selagi tidak ‘jelik melampau’ - Fahmi
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata Rang Undang-undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 menegaskan kebebasan dan hak bersuara rakyat dalam batas yang khusus. Jelasnya dalam pindaan ini, kesalahan dibawah Seksyen 233 tidak lagi menjadikan satira dan parodi sebagai suatu jenayah secara automatik.
Faisal Halim antara 94 penerima Anugerah Sultan Selangor
Pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim menerima pingat darjah kebesaran Ahli-Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena ulang tahun hari keputeraan ke-79 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Rabu.
Faisal atau dikenali dengan panggilan Mickey antara 94 penerima darjah dan bintang kebesaran yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.
Faisal atau dikenali dengan panggilan Mickey antara 94 penerima darjah dan bintang kebesaran yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.
Banjir surut, penduduk pulang, tetapi siap sedia kembali ke PPS
Situasi banjir di Terengganu yang mula surut ketika ini membolehkan penduduk terjejas pulang ke kediaman masing-masing, namun mereka sentiasa siap sedia untuk kembali semula ke PPS dalam tempoh Monsun Timur Laut ini.
MTDC perkukuh teknologi tempatan dengan pelancaran dana MySTI
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudah Cara (DMM) di bawah program MySTI, dalam usaha memperkukuhkan inovasi dan pengkomersialan teknologi tempatan.
Kerajaan pandang serius isu penyamaran nelayan asing
Jika terdapat penyalahgunaan lesen, tindakan tegas akan diambil di bawah Seksyen 13 Akta Perikanan 1985 termasuk penggantungan atau pembatalan lesen vesel.
Situasi di Semenanjung Gaza semakin merosot - Pegawai PBB
Penyelaras Kanan PBB berkata, sejak April lepas UNSC telah diingatkan mengenai risiko keruntuhan undang-undang dan ketenteraman.
Mahkamah benarkan kerajaan halang PetroSaudi guna dana RM1.61 bilion
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu membenarkan permohonan kerajaan untuk menghalang PetroSaudi International Ltd (PSI) dan pengarahnya, Tarek Obaid, daripada menggunakan dana sebanyak AS$340 juta (RM1.61 bilion) yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh membenarkan perintah larangan tersebut selepas pihak pendakwa raya berjaya membuktikan melalui afidavit bahawa dana AS$340 juta itu merupakan subjek atau bukti dalam kesalahan pengubahan wang haram.
Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh membenarkan perintah larangan tersebut selepas pihak pendakwa raya berjaya membuktikan melalui afidavit bahawa dana AS$340 juta itu merupakan subjek atau bukti dalam kesalahan pengubahan wang haram.
Siasat penternak beri ikan makanan diragui status halal - Irmohizam
LKIM memberi amaran kepada penternak ikan di negara ini supaya mengikut prinsip penternakan dan memberi makanan berasaskan sumber halal dalam menjaga aspek sensitiviti sumber ternakan mereka.