MALAYSIA
Siasatan kes kehilangan Amri, pastor Koh tidak pernah dihentikan - Saifuddin Nasution
Siasatan terhadap kedua-dua kes berprofil tinggi itu berjalan secara berterusan, selaras dengan keputusan mahkamah.
KUALA LUMPUR: Polis tidak pernah sesekali menghentikan siasatan kehilangan Pastor Raymond Koh dan aktivis Amri Che Mat.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, meskipun mahkamah mengarahkan siasatan dibuka semula baru-baru ini, ia tidak memberikan kesan kerana siasatan polis sentiasa diteruskan.
"Saya ingin jelaskan bahawa siasatan polis terhadap kes ini tidak pernah terhenti dan tidak akan dihentikan.
“Apabila mahkamah meminta polis meneruskan siasatan, ia sebenarnya tidak memberi perbezaan kerana kes ini tidak pernah ditutup,” katanya pada sidang media sempena Majlis Simposium Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) 2025, di sini, pada Selasa.
Untuk rekod, Pastor Raymond Koh merupakan pengasas Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang giat membantu komuniti, beliau hilang tanpa jejak selepas diculik pada 13 Februari 2017, manakala Amri Che Mat selaku pengasas bersama Persatuan Kebajikan Perlis Hope hilang pada 24 November 2016.
Tambah Saifuddin, polis akan menjalankan siasatan mengikut peruntukan undang-undang dan terus mengumpul maklumat serta keterangan berkaitan kehilangan kedua-dua individu tersebut.
Dalam perkembangan sama, Saifuddin turut mengambil maklum jumlah bayaran perlu diselesaikan kepada keluarga Amri dan keluarga Pastor Koh seperti yang diarahkan mahkamah.
"Berhubung bayaran perlu ditunaikan kepada keluarga Amri dan keluarga Pastor Koh, jumlah dan butirannya memang sudah kita (Kerajaan) ketahui.
"RM10,000 setiap hari sehingga Kerajaan membawa Pastor Koh ke pengetahuan umum. AGC telah memaklumkan akan mengemukakan rayuan kerana implikasi kewangannya besar. Kita hormati keputusan mahkamah, namun biar AGC meneruskan proses rayuan," ujar Saifuddin.
Pada 5 November lalu, mahkamah memerintahkan kerajaan membayar ganti rugi berjumlah RM3.26 juta kepada isteri Amri, Norhayati Mohd Ariffin.
Mahkamah turut memerintahkan kerajaan membayar lebih RM37 juta kepada isteri Koh, Susanna Liew.
Keputusan itu dibuat selepas mahkamah membenarkan saman yang difailkan oleh kedua-dua wanita terhadap kerajaan dan polis.