awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laura Fernandez mendahului keputusan awal pilihan raya presiden Costa Rica
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siasatan kes kemalangan dua beradik maut di Ipoh masih berjalan - Polis

Bernama
Bernama
27/01/2025
13:32 MYT
Siasatan kes kemalangan dua beradik maut di Ipoh masih berjalan - Polis
Zulkafli ketika sidang media selepas sempurnakan Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2025 di Hentian Sebelah Plaza Tol WCE Taiping Selatan hari ini. - Gambar Bernama
TAIPING: Polis sudah memperoleh bukti menerusi rakaman kamera papan pemuka berhubung insiden dua beradik maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di persimpangan lampu isyarat di Jalan Pasir Puteh di sini pada 8 Jan.
Pemangku Ketua Polis Perak DCP Zulkafli Sariaat berkata pihaknya masih meneruskan siasatan kes berkenaan.
"Sebenarnya tidak semua maklumat siasatan kita dedahkan kerana boleh menganggu siasatan. Polis tidak melindungi dan memihak kepada sesiapa. Siasatan sedang giat dijalankan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Kempen Kawalan Keselamatan Jalan Raya sempena Tahun Baharu Cina 2025 peringkat Polis Kontinjen Perak di Plaza Tol Taiping Selatan Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (WCE) di sini hari ini
Perkara itu turut tular di media sosial dan rata-rata warga siber mempersoalkan tindakan pihak berkuasa seolah-olah tidak mengambil tindakan sewajarnya terhadap pemandu kenderaan berkenaan yang masih bebas sehingga kini.
Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata mangsa Nur Amira Balqis Armi, 22, yang bekerja sebagai jurujual manakala adiknya Muhammad Armirul, 15, pelajar sekolah menengah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Beliau berkata hasil siasatan mendapati pemandu wanita berusia 38 tahun yang memandu Toyota Vellfire dalam perjalanan dari rumahnya ke arah Ipoh Garden dan dipercayai gagal mematuhi lampu isyarat semasa di lokasi kejadian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tahun Baharu Cina
#MPV
#media sosial
#Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan