Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih dalam proses melengkapkan siasatan terhadap kematian Syed Mohd Azlan Syed Mohamed Nur, ketika dalam tahanan polis.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata selepas itu, polis akan mengemukakan hasil siasatan kepada Peguam Negara untuk tindakan lanjut.
"PDRM menerima laporan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan yang mendapati wujudnya unsur fizikal dalam kematian Syed Mohd Azlan Syed Mohamed Nur ketika dalam tahanan polis," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Khalid memberi jaminan polis akan mengambil tindakan terhadap mereka yang terbabit, kerana PDRM tidak akan melindungi anggota yang terlibat dengan perbuatan jenayah.
Pada 25 Nov 2014, polis Johor menyatakan kematian seorang lelaki selepas ditahan dalam satu serbuan di Pengerang adalah sebagai kematian mengejut.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Datuk Hasnan Hassan berkata lelaki itu yang juga suspek kes rusuhan, ditahan pada 3 Nov 2014 dalam serbuan di Kampung Simon, Teluk Ramunia, Sungai Rengit, Pengerang.
Bernama
Wed Nov 04 2015
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata selepas itu, polis akan mengemukakan hasil siasatan kepada Peguam Negara untuk tindakan lanjut. - Gambar Fail
Bukan rombak satu FAM
Ridzuan menegaskan rombakan tersebut tidak perlu dilakukan untuk semua jawatan dalam badan induk bola sepak negara itu.
Wanita mengamuk kerana straw
Pihak berkuasa telah mengambil tindakan terhadap wanita itu yang juga berdepan tuduhan menghina secara peribadi.
KLK selesai bayar balik yuran susulan dakwaan ambil buruh secara tidak beretika
Ia susulan dakwaan terbaharu mengenai amalan pengambilan pekerja yang tidak beretika oleh sub-ejen SOS Manpower Service di Nepal.
AS sahkan 5 unit Israel cabul hak asasi sebelum perang
Kebanyakan tindakan tidak berperikemanusiaan itu dilakukan terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki Israel.
AWANI Pagi: Cabaran perjalanan wanita menuju Al-Haramain
Diskusi 7:30 pagi Selasa bersama Dr Azlinariah Abdullah, Editor/Penerbit Astro Awani & Petugas Media TH Musim 1445H/2024M dan Alisha Nur Mohd Noor, Petugas TH Musim 1445H/2024M berkongsi mengenai jangkaan cabaran perjalanan Muslimah menuju ke Tanah Suci semasa musim panggilan haji tahun ini.
Israel bimbang ICC keluar waran tangkap berkait perang Gaza
Menteri Luar Israel memberi amaran kepada kedutaan Israel untuk meningkatkan keselamatan kerana risiko "gelombang antisemitisme yang teruk".
Dua pegawai atasan syarikat pembekalan air Johor ditahan SPRM
Kedua-dua lelaki berusia 36 dan 40 tahun tersebut ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 2 petang Isnin.
Israel bunuh 40 rakyat Palestin ketika rundingan gencatan senjata bermula
Daripada jumlah itu, lebih separuh maut di bandar Rafah di selatan Gaza di mana ia meranapkan tiga buah rumah.
Banyak respons positif terhadap pelaksanaan VAR - Stuart
Ia berdasarkan maklum balas dikumpul selepas lapan perlawanan pramusim pasukan Liga-M yang menguji pelaksanaan sistem VAR baru-baru ini.
A.S sahkan 5 unit Israel cabul hak asasi sebelum perang
Amerika Syarikat mendapati lima unit pasukan keselamatan Israel bertanggungjawab atas pencabulan hak asasi manusia, pada Isnin.
Siasatan masih dijalankan ekoran kematian suspek dalam tahanan - KPN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih dalam proses melengkapkan siasatan terhadap kematian Syed Mohd Azlan Syed Mohamed Nur, ketika dalam tahanan polis.