awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siasatan PAC: KBS ambil serius teguran, cadangan - Syed Saddiq

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
04/12/2018
07:17 MYT
Siasatan PAC: KBS ambil serius teguran, cadangan - Syed Saddiq
SYED SADDIQ: KBS akan pastikan budaya integriti diangkat, sebab itu, sebaik sahaja saya ambil alih tugas, kita lancar integriti '5-point plan'. - Gambar fail
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengambil kira saranan yang dikemukakan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang akan menjalankan siasatan terhadap kementerian itu.
Menterinya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, beliau turut akan memperhalusi satu persatu cadangan dibuat Ketua Audit Negara Tan Sri Dr Madinah Mohamad berhubung perkara itu.
"Kita ambil serius teguran dan cadangan. Kita akan perhalusi satu demi satu. Dan, kalau ada contohnya, bukti salah laku, kita akan ambil tindakan susuan.
"KBS akan pastikan bahawa budaya integriti diangkat. Sebab itu, sebaik sahaja saya ambil alih tugas, kita lancar integriti '5-point plan'.
"Ini kementerian pertama yang meletakkan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (dalam kementerian). Kita hendak pastikan bahawa isu ini tidak berulang," katanya.
Pada Isnin, Madinah berkata, PAC disaran menyiasat KBS dan Kementerian Pengangkutan berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2017 Siri 2 yang dikeluarkan semalam.
Menurutnya, terdapat beberapa perkara dan isu punitif yang perlu dilihat dan disusuli berhubung laporan membabitkan dua kementerian itu.
Bagaimanapun, katanya, ia bukan bermaksud kesalahan sudah dibuktikan.
Beliau juga tidak menjelaskan secara terperinci berhubung kes-kes yang dimaksudkan membabitkan dua kementerian tersebut.
Topic Berkaitan
#Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara
#Madinah Mohamad
#PAC
#siasatan
#SPRM
#sukan
#Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan