awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siasatan penuh penuntut UM jatuh bangunan sedang dijalankan - Zambry

Bernama
Bernama
17/10/2025
12:59 MYT
Siasatan penuh penuntut UM jatuh bangunan sedang dijalankan - Zambry
Zambry berkata Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan UM akan memberikan bantuan segera kepada keluarga mangsa. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Laporan dan siasatan penuh berhubung kes seorang penuntut Universiti Malaya (UM) maut selepas terjatuh daripada bangunan kolej kediaman petang tadi sedang dijalankan pihak berkuasa, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abd Kadir.

Ringkasan AI
  • Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata siasatan penuh kes kematian penuntut UM sedang dijalankan dan menunggu laporan rasmi polis.
  • Beliau memaklumkan KPT bersama UM akan menyalurkan bantuan segera kepada keluarga mangsa.
  • Zambry turut menasihati semua pihak menghentikan spekulasi sementara menunggu perkembangan rasmi siasatan.

Menerusi catatan di Facebook, Zambry berkata Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan UM akan memberikan bantuan segera kepada keluarga mangsa.
"Buat masa ini, kita masih menunggu kenyataan rasmi daripada pihak polis sebelum KPT mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut," katanya sambil mengucapkan takziah kepada keluarga pelajar berkenaan.
Zambry berkata sejurus menerima perkhabaran mengenai insiden itu, beliau bergegas ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Sementara itu, UM dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa mahasiswa yang terlibat dalam insiden berkenaan meninggal dunia ketika menerima rawatan di PPUM.
Menurut kenyataan itu, punca kejadian masih dalam siasatan dan UM kini memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa.
UM juga meminta semua pihak agar menghormati privasi keluarga pelajar berkenaan serta tidak membuat sebarang spekulasi atau perkongsian maklumat yang tidak sahih berhubung insiden itu.
"Seluruh warga UM menzahirkan rasa sedih dan simpati yang mendalam kepada keluarga Allahyarham dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar sedang menyalurkan bantuan serta memberikan sokongan sepenuhnya kepada keluarga Allahyarham," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penuntut UM jatuh bangunan
#siasatan penuh
#Zambry Abd Kadir
#Kementerian Pendidikan Tinggi KPT
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan