MALAYSIA
Siasatan Program eHati: 90 individu telah dirakam keterangan
Hussein berkata, mereka yang dipanggil termasuk fasilitator, peserta serta kakitangan syarikat yang terlibat. - Gambar fail
SHAH ALAM: Seramai 90 individu telah dirakam keterangan berhubung siasatan yang dijalankan melibatkan program motivasi rumah tangga eHati setakat ini.
Ringkasan AI
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, mereka yang dipanggil termasuk fasilitator, peserta serta kakitangan syarikat yang terlibat.
"Setakat ini, siasatan masih berjalan secara menyeluruh termasuk dakwaan berlakunya beberapa ritual yang melanggar syarak," katanya pada Ahad.
Media sebelum ini melaporkan bahawa Mahkamah Majistret Shah Alam pada Jumaat menolak permohonan pihak polis untuk menyambung reman terhadap pasangan suami isteri pengasas program motivasi rumah tangga eHati, seorang anak mereka dan tiga lagi individu.
Majistret, Zur Azureen Zainalkefli memutuskan demikian terhadap empat suspek wanita dan dua lelaki berusia antara 26 hingga 47 tahun.
Ia membabitkan siasatan kes mengaibkan seseorang, berkelakuan tidak senonoh dan dakwaan melakukan jenayah di bawah kategori kesalahan kecil.
Rabu lalu, semua suspek telah direman selama tiga hari berakhir Jumaat selepas Majistret, Ameera Mastura Khamis membenarkan permohonan pihak polis bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Terdahulu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dilaporkan meminta Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyiasat dakwaan aktiviti tidak bermoral yang berlaku semasa penganjuran program eHati di sebuah pusat konvensyen. - Sinar Harian
Ringkasan AI
- Seramai 90 individu termasuk fasilitator, peserta dan kakitangan syarikat telah dirakam keterangan oleh polis berhubung siasatan terhadap program motivasi rumah tangga eHati, termasuk dakwaan berlakunya ritual yang melanggar syarak.
- Mahkamah Majistret Shah Alam menolak permohonan sambungan reman terhadap enam suspek termasuk pengasas program, pasangan suami isteri, anak mereka dan tiga individu lain yang disiasat atas kesalahan kecil seperti mengaibkan dan berkelakuan tidak senonoh.
- Menteri Besar Selangor meminta JAIS menyiasat dakwaan aktiviti tidak bermoral dalam program eHati yang diadakan di sebuah pusat konvensyen, manakala siasatan polis masih berjalan secara menyeluruh.