MALAYSIA
Siasatan selesai, Shamsul Iskandar dan Albert Tei didakwa esok - KP SPRM
SPRM mengungkapkan bahawa siasatan kes melibatkan 32 saksi dan berjalan selama seminggu. - Gambar/ Shahir Omar/ Astro AWANI
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan siasatan terhadap Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dan ahli perniagaan, Albert Tei telah selesai dan mereka akan didakwa di mahkamah esok.
Ringkasan AI
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, memaklumkan kedua-dua mereka akan berdepan lima pertuduhan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Katanya, prosiding pertama akan dijalankan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok, sebelum kedua-dua tertuduh dibawa ke Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Jumaat bagi satu lagi pertuduhan tambahan di bawah seksyen yang sama.
“Shamsul Iskandar akan didakwa di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009, iaitu melakukan kesalahan menerima suapan.
“Albert Tei pula akan didakwa di bawah Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009, iaitu memberi suapan.
“Di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Jumaat, kedua-dua mereka akan menghadapi satu lagi pertuduhan di bawah seksyen sama,” katanya semasa sidang media di sini, hari ini.
Dalam pada itu, SPRM mendedahkan bahawa siasatan kes telah dijalankan secara menyeluruh dalam tempoh seminggu, melibatkan 32 saksi dipanggil dan dirakam keterangan, tidak termasuk tiga individu yang telah ditahan sebelum ini.
“Dalam tempoh seminggu ini, pegawai-pegawai SPRM telah bekerja keras untuk menyempurnakan siasatan. Semua saksi akan dipanggil ke mahkamah apabila diperlukan,” ujarnya lagi.
Pada 29 November lalu, Shamsul Iskandar yang juga bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, dan Albert Tei ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah.
Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Faith Muneerah Sofian selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pada Sabtu.
Ringkasan AI
- Siasatan terhadap Datuk Shamsul Iskandar Mohd Akin dan ahli perniagaan, Albert Tei oleh SPRM telah selesai, dan keduanya akan didakwa esok di mahkamah Kuala Lumpur dengan lima pertuduhan di bawah Akta SPRM 2009.
- Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, mengesahkan bahawa Shamsul Iskandar akan dituduh menerima suapan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009, manakala Albert Tei dituduh memberi suapan mengikut Seksyen 17(b) Akta yang sama.
- SPRM mengungkapkan bahawa siasatan kes melibatkan 32 saksi dan berjalan selama seminggu. Proses siasatan dilakukan dengan teliti sebelum kedua tertuduh akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Jumaat untuk pertuduhan tambahan.