MALAYSIA
Siasatan seleweng sukuk bina lebuh raya: Pintu laluan masuk kediaman Tan Sri ditutup
Polis bantuan menutup pagar dan meletakkan halangan di kawasan pintu laluan kediaman individu bergelar Tan Sri yang terlibat dalam penyelewengan dana sukuk sebuah lebuh raya di Lembah Klang pada jam 11.35 pagi.
KUALA LUMPUR: Polis bantuan menutup pagar dan meletakkan halangan di kawasan pintu laluan kediaman individu bergelar Tan Sri yang terlibat dalam penyelewengan dana sukuk sebuah lebuh raya di Lembah Klang pada jam 11.35 pagi.
Berdasarkan tinjauan Astro AWANI sejak 8 pagi, pengamal media berkumpul di perkarangan kawasan kediaman pemegang konsesi lebuh raya itu namun tidak berhasil.
Dalam masa sama, pihak polis bantuan turut mengarahkan pengamal media untuk beredar dari kawasan perkarangan kediaman individu itu.
Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan akan mengambil keterangan seorang individu bergelar Tan Sri berhubung kes penyelewengan dana sukuk pembinaan sebuah lebuh raya di Lembah Klang.
Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dilaporkan berkata, pemegang konsesi lebuh raya itu merupakan saksi utama dalam siasatan kes terbabit.
Difahamkan, pemegang konsesi lebuh raya berkenaan dipanggil hadir ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pada pagi ini namun pihak SRPM hadir ke kediaman beliau dipercayai atas faktor kesihatan.
Media sebelum ini melaporkan 45 saksi telah diambil keterangan sebelum ini bagi membantu siasatan, sudah dipanggil semula untuk memberikan maklumat tambahan.
Pada 3 Jun lalu, SPRM menyenaraikan harta dengan keseluruhan sitaan berjumlah kira-kira RM143 juta, dirampas dalam siasatan penyelewengan sukuk untuk pembinaan lebuh raya di Lembah Klang membabitkan seorang kenamaan bergelar Tan Sri.
Pasukan siasatan SPRM juga sedang mengesan kenderaan mewah dan hartanah milik Tan Sri terbabit di dalam serta luar negara termasuk di London dan Switzerland.
Tan Sri itu sebelum ini dilaporkan sebagai saksi utama dalam siasatan yang dijalankan SPRM membabitkan rampasan pelbagai aset mewah bernilai lebih RM143 juta.
Antara sitaan termasuk wang tunai dalam akaun individu dan syarikat berjumlah RM37.5 juta, hartanah bernilai RM24.5 juta, sembilan kenderaan mewah (RM7.65 juta), jam tangan eksklusif (RM25 juta), barangan kemas serta berlian (RM6 juta), tas tangan berjenama (RM3 juta), minuman keras (RM3 juta) dan empat ekor kuda bernilai RM400,000.
Turut dikesan ialah aset luar negara melebihi RM15 juta serta aktiviti perjudian mencecah RM20 juta yang dikaitkan dengan Tan Sri terbabit.