awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
750 juta orang berdepan ketidak jaminan makanan global - IFAD
Gunung Marapi di Indonesia meletus, sembur abu setinggi 600 meter ke udara
Pengawal selia Jerman denda Amazon AS$67 juta berikutan amalan penetapan harga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siasatan seleweng sukuk bina lebuh raya: SPRM turut serbu rumah Tan Sri di Melaka

Bernama
Bernama
11/06/2025
05:44 MYT
Siasatan seleweng sukuk bina lebuh raya: SPRM turut serbu rumah Tan Sri di Melaka
Semalam, media melaporkan SPRM akan mengambil keterangan daripada Tan Sri terbabit selepas beliau sudah dibenarkan keluar dari hospital. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengambil keterangan daripada seorang individu bergelar Tan Sri berhubung kes penyelewengan dana sukuk pembinaan lebuh raya di Lembah Klang.
Menurut sumber, dua pegawai penyiasat daripada SPRM melaksanakan proses terbabit di kediaman Tan Sri berkenaan yang terletak di ibu negara.
Selain itu, sumber memaklumkan SPRM turut melakukan serbuan di kediaman Tan Sri berkenaan di Melaka, namun tiada sebarang rampasan atau sitaan.
Semalam, media melaporkan SPRM akan mengambil keterangan daripada Tan Sri terbabit selepas beliau sudah dibenarkan keluar dari hospital.
Sebelum ini, media melaporkan SPRM menyita pelbagai aset, termasuk beg tangan, barangan kemas, kenderaan mewah, jam tangan, wang tunai, dan kediaman mewah keseluruhannya dianggarkan kira-kira RM32 juta dipercayai milik seorang pemegang konsesi lebuh raya bergelar Tan Sri.
– BERNAMA
Topic Berkaitan
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
#dana sukuk pembinaan lebuh raya
#Tan Sri Maju Holdings
#kediaman Tan Sri di Melaka diserbu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan