MALAYSIA

SIBS 2025 catat RM8.17 bilion, kukuh kedudukan Selangor sebagai hab pelaburan serantau

Malekah Aisyah 29/10/2025 | 11:45 MYT
Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor, Datuk Hasan Azhari Idris ketika memberi ucaptama di SIBS 2025. - Foto Invest Selangor
SHAH ALAM: Empat hari yang penuh dengan dinamik di Selangor International Business Summit 2025 (SIBS 2025) mencatatkan nilai potensi transaksi sebanyak RM8.17 bilion, sekaligus mengukuhkan kedudukan negeri Selangor sebagai salah satu hab perniagaan dan pelaburan utama di rantau Asia Tenggara.


Ringkasan AI
  • Empat hari yang penuh dengan dinamik di Selangor International Business Summit 2025 (SIBS 2025) mencatatkan nilai potensi transaksi sebanyak RM8.17 bilion, sekaligus mengukuhkan kedudukan negeri Selangor sebagai salah satu hab perniagaan dan pelaburan utama di rantau Asia Tenggara.
  • Diadakan dari 8 hingga 11 Oktober di Kuala Lumpur Convention Centre, acara penganjuran oleh Kerajaan Negeri Selangor dan diuruskan oleh Invest Selangor Berhad ini menyaksikan penyertaan luas dengan sebanyak 740 reruai pameran, 581 peserta pameran dari pelbagai negara Asia-Pasifik dan 10 negeri.
  • Dengan kehadiran 56,938 pengunjung dari 89 negara diikuti 179 penceramah dan 5,810 peserta persidangan, SIBS tahun ini menunjukkan profil antarabangsa yang semakin menonjol.


Diadakan dari 8 hingga 11 Oktober di Kuala Lumpur Convention Centre, acara penganjuran oleh Kerajaan Negeri Selangor dan diuruskan oleh Invest Selangor Berhad ini menyaksikan penyertaan luas dengan sebanyak 740 reruai pameran, 581 peserta pameran dari pelbagai negara Asia-Pasifik dan 10 negeri.

SIBS 2025 dibahagikan kepada enam komponen utama: Setiap segmen menjadi platform bagi pemimpin industri, inovator dan pembuat dasar untuk merebut peluang dalam perdagangan, pelaburan dan teknologi.

Laporan pasca-acara SIBS 2025 mencatatkan jumlah kehadiran pengunjung yang ramai. - Foto Invest Selangor


Dengan kehadiran 56,938 pengunjung dari 89 negara diikuti 179 penceramah dan 5,810 peserta persidangan, SIBS tahun ini menunjukkan profil antarabangsa yang semakin menonjol.

SPARK mencatat nilai tertinggi iaitu RM6.96 bilion, diikuti SABC (RM844 juta), SIE F&B (RM96.97 juta), SDEC (RM208 juta), SAS (RM52.07 juta) dan SICS (RM5.1 juta).

Antara sorotan utama SIBS 2025 ialah pelbagai Memorandum Persefahaman (MoUs) yang berjaya ditandatangani sekaligus memantapkan peranan SIBS sebagai pemangkin pelaburan strategik dan kerjasama antara industri.

Antara Memorandum Persefahaman (MOUs) tersebut adalah seperti berikut:
Kesemua kerjasama ini merangkumi sektor pembuatan lanjutan, logistik, tenaga boleh diperbaharui, pembangunan pelancongan dan ekonomi digital yang dijangka menyumbang pelaburan mampan, peluang pekerjaan baharu dan pengukuhan rantaian nilai industri di seluruh negara.

Laporan pasca-acara SIBS 2025 turut menyaksikan beberapa pelabur dan pengunjung berkongsi pandangan positif berhubung acara tersebut. - Foto Invest Selangor


Pengunjung dan pelabur memuji SIBS sebagai platform jaringan yang kondusif bagi rangkaian perniagaan.

“Ia peluang yang sangat baik untuk memahami potensi industri Malaysia serta kekuatan ekosistemnya,” kata Christophe Vleic dari JLL Appraisal & Property Services Sdn. Bhd.

“Menarik melihat pelbagai inovasi baharu yang dibawa ke Selangor setiap tahun. Sidang ini membuka ruang tanpa had untuk kerjasama dan pertumbuhan masa depan,” ujar Jeremy Chan dari Mindwave Studio.

Dengan penekanan terhadap pelaburan, perdagangan, transformasi digital dan pertumbuhan mampan, SIBS 2025 terus memposisikan Selangor sebagai “Gateway to ASEAN” dan secara langsung menjadi jambatan perniagaan serantau serta pelabur global melalui inovasi, perkongsian dan peluang.

Untuk maklumat lanjut tentang SIBS, layari www.selangorsummit.com atau ikuti media sosial @selangorsummit.


#SIBS 2025 #Invest Selangor #hab pelaburan #ASEAN