Skip to main content

Malaysia

Sibu kawasan terbaharu di Sarawak catat IPU tidak sihat

Jerebu Dah Sampai Sibu, Jangan Tunggu Sampai Teruk Baru Berjaga-jaga  Jerebu rentas sempadan kini turut memberi kesan kepada beberapa kawasan di Sarawak, termasuk Sibu._FB Sibu Terkini
Sibu menjadi kawasan terbaharu di Sarawak merekodkan bacaan IPU tidak sihat, setakat jam 9 pagi ini. - Facebook Sibu Terkini
Advertisement

KUALA LUMPUR: Sibu menjadi kawasan terbaharu di Sarawak merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat, menjadikan jumlah kawasan di negeri itu yang berada pada kategori berkenaan, meningkat kepada sembilan setakat 9 pagi ini.

Menurut data portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), Kuching merekodkan bacaan tertinggi iaitu 167, diikuti Samarahan (164), IPD Serian (163), Sarikei (157), Bintulu (156), Sri Aman (154), Mukah (152), Sibu (131) dan Samalaju (126).

Pada masa sama, sebanyak 46 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana, manakala 13 kawasan berada pada tahap baik.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 sebagai berbahaya.

Data IPU dikeluarkan setiap jam berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement