MALAYSIA

Sibuk kerja, Saifuddin tiada masa fikir tempoh tamat Senator

Umavathi Ramayah 12/11/2025 | 11:41 MYT
Saifuddin menegaskan, beliau tidak pernah memikirkan mengenai tarikh tamat tempoh sebagai senator kerana terlalu fokus terhadap tanggungjawab serta komitmen kerja hariannya. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan beliau tidak pernah memikirkan mengenai tarikh tamat tempoh sebagai senator kerana terlalu fokus terhadap tanggungjawab serta komitmen tugas harian.


Ringkasan AI
  • Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, menegaskan tidak terfokus pada tarikh tamat tempoh sebagai senator kerana komitmen dan tanggungjawab harian yang mendesak.
  • Beliau menyatakan isu kedudukannya di Dewan Negara tidak pernah dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat, memfokuskan perhatian pada tugas semasa.
  • Simposium Kecerdasan Buatan Transformasi Keselamatan 2025 di Putrajaya melahirkan empat resolusi utama untuk memacu transformasi keamanan negara, dihadiri oleh 24 pakar AI dari pelbagai sektor.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Menurutnya, isu berhubung kedudukannya di Dewan Negara juga tidak pernah dibincangkan atau dibangkitkan dalam mana-mana mesyuarat, malah perkara itu tidak pernah terlintas dalam fikirannya.

"Dengan kesibukan bekerja, saya tak terfikir pun tajuk itu. Saya pun tak akan teringat kalau orang tak tanya.

"Begitulah komitmen saya dalam bekerja, sampai saya tak terfikir langsung bila senatorship saya akan tamat atau bila ia akan berlaku. Saya tak langsung tumpu ke situ," katanya kepada pemberita, selepas menghadiri Simposium Kecerdasan Buatan Transformasi Keselamatan 2025 di Putrajaya, di sini, pada Rabu.

Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada isu berkenaan pernah dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat parti atau kerajaan, beliau menegaskan:

"Tak pernah. Yang itu kena tanya Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sahaja."

Saifuddin merupakan antara menteri kabinet yang bakal menamatkan penggal pertama sebagai senator pada 2 Disember depan. Dua lagi menteri yang dijangka menamatkan tempoh sama ialah Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar.

Sementara itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, pula bakal menamatkan tempoh sebagai senator (pada tarikh yang sama) selepas berkhidmat dalam kabinet selama dua penggal.

Terdahulu, ketika berucap pada majlis berkenaan, Saifuddin memaklumkan bahawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menggariskan empat resolusi utama hasil daripada simposium tersebut yang bertemakan AI: Memacu Transformasi Keamanan dan Keselamatan.

Simposium berkenaan menghimpunkan 24 pakar dalam bidang kecerdasan buatan (AI) daripada sektor awam, swasta dan institusi pengajian tinggi melalui 20 sesi perkongsian strategik serta satu sesi forum, bagi membincangkan masa depan keselamatan negara berasaskan teknologi dan kesiapsiagaan terhadap ancaman moden yang semakin kompleks.






Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah tanggapan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkenaan tarikh tamat tempoh sebagai senator?
    A: Beliau menyatakan bahawa beliau tidak pernah memikirkan mengenai tarikh tamat tempoh sebagai senator kerana terlalu fokus pada tanggungjawab serta komitmen kerja harian.
  • Q: Adakah isu kedudukan beliau di Dewan Negara pernah dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat?
    A: Saifuddin Nasution menegaskan bahawa isu kedudukannya di Dewan Negara tidak pernah dibincangkan atau dibangkitkan dalam mana-mana mesyuarat, malah perkara itu tidak pernah terlintas dalam fikirannya.
  • Q: Siapakah menteri lain yang juga bakal menamatkan penggal pertama sebagai senator bersama Saifuddin Nasution?
    A: Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, juga dijangka menamatkan tempoh sebagai senator bersama Saifuddin Nasution.
  • Q: Apakah resolusi utama yang diumumkan oleh Kementerian Dalam Negeri hasil daripada simposium kecerdasan buatan?
    A: Kementerian Dalam Negeri menggariskan empat resolusi utama hasil daripada simposium kecerdasan buatan yang bertemakan AI: Memacu Transformasi Keamanan dan Keselamatan.
  • Q: Berapakah jumlah pakar yang terlibat dalam simposium kecerdasan buatan yang diadakan?
    A: Simposium kecerdasan buatan tersebut menghimpunkan 24 pakar dalam bidang kecerdasan buatan dari sektor awam, swasta, dan institusi pengajian tinggi melalui 20 sesi perkongsian strategik serta satu sesi forum.



#Saifuddin Nasution #Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz #tamat tempoh senator #Kementerian Dalam Negeri