NATIONAL
Sidang Kemuncak ASEAN ke-46: Pemimpin ASEAN, GCC tiba di Malaysia
Pemimpin ASEAN dan Majlis Kerjasama Teluk (GCC) tiba di Malaysia untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-GCC ke-2 yang berlangsung serentak dengan Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 pada 26 dan 27 Mei. -Gambar fail/Bernama
SEPANG: Pemimpin dari negara Asia Tenggara dan Majlis Kerjasama Teluk (GCC) tiba di Malaysia untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-GCC ke-2 yang berlangsung serentak dengan Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 bermula pada 26 dan 27 Mei.
Ringkasan AI
Setiausaha Agung GCC Jasem Mohamed AlBudaiwi tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini pada 1.18 tengah hari.
Terdahulu, Menteri Luar Kuwait Abdullah Ali Al-Yahya tiba pada 10.15 pagi, diikuti Speaker Dewan Perwakilan Filipina Ferdinand Martin Gomez Romualdez pukul 11.40 pagi manakala Setiausaha Rendah bagi Hal Ehwal Politik Kementerian Luar Oman, Sheikh Khalifa Ali al Harthy tiba paling awal pada 7.30 pagi tadi.
Sidang Kemuncak ASEAN-GCC yang pertama berlangsung di Riyadh, Arab Saudi pada Oktober 2023, dengan pemimpin meluluskan Kerangka Kerjasama ASEAN-GCC (2024-2028), satu pencapaian bersejarah dalam hubungan antara rantau.
GCC, merangkumi enam negara, iaitu Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar, Arab Saudi, dan Emiriah Arab Bersatu, diasaskan pada 1981 untuk menggalakkan kerjasama politik dan ekonomi dalam kalangan negara Teluk.
Selain Sidang Kemuncak ASEAN-GCC ke-2, turut diadakan serentak dengan Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 ialah Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China pertama pada 26 dan 27 Mei di ibu negara, di bawah Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025.
Bertemakan "Keterangkuman dan Kemampanan", edisi tahun ini menandakan kali kelima Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN selepas 1977, 1997, 2005, dan 2015.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Pemimpin ASEAN dan Majlis Kerjasama Teluk (GCC) tiba di Malaysia untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-GCC ke-2 yang berlangsung serentak dengan Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 pada 26 dan 27 Mei.
- Sidang ini memperkukuh hubungan antara ASEAN dan GCC, susulan kejayaan Sidang Kemuncak pertama di Riyadh pada 2023 yang meluluskan Kerangka Kerjasama ASEAN-GCC 20242028.
- Sidang tahun ini turut menyaksikan penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China pertama, di bawah Kepengerusian Malaysia yang bertemakan -Keterangkuman dan Kemampanan-.