awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-47: Trump tiba di Malaysia Ahad ini

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
22/10/2025
07:57 MYT
Sidang Kemuncak ASEAN ke-47: Trump tiba di Malaysia Ahad ini
Ia merupakan lawatan pertama Trump ke Kuala Lumpur sejak memulakan penggal kedua sebagai Presiden pada November lalu. - REUTERS/Ken Cedeno
KUALA LUMPUR: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dijadual tiba di Malaysia pada Ahad ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang akan berlangsung di ibu negara.
Menteri Komunikasi merangkap jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk Fahmi Fadzil, mengesahkan kehadiran Trump yang dimuktamadkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat lepas.
“Setakat ini disahkan, Donald Trump akan tiba di Malaysia pada 26 Oktober. Kementerian Luar Negeri akan memaklumkan jika terdapat sebarang perubahan,” katanya pada sidang media selepas meninjau persiapan di Pusat Media Antarabangsa dan Pusat Penyiaran Antarabangsa bagi Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini.
Fahmi bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai jadual lawatan Trump, yang merupakan lawatan pertama beliau ke Kuala Lumpur sejak memulakan penggal kedua sebagai Presiden pada November lalu.
Awal minggu ini, Trump buat pertama kali menyatakan secara terbuka hasrat untuk melawat Malaysia dalam masa terdekat, namun tidak memberikan butiran lanjut.
Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 bertemakan “Keterangkuman dan Kelestarian” akan berlangsung dari 26 hingga 28 Oktober, dengan penyertaan pemimpin tertinggi daripada 10 negara anggota ASEAN serta rakan dialog utama termasuk AS, China, Jepun dan India.
Topic Berkaitan
#Sidang Kemuncak ASEAN
#Donald Trump
#Fahmi Fadzil
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan