MALAYSIA
Sidang Kemuncak ASEAN: KPT beri kemudahan PdP 'online' kepada IPTA, IPTS di Lembah Klang
Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan sidang berkaitan yang akan berlangsung dari 26 hingga 28 Okt ini merupakan kemuncak kepada Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia pada 2025 yang membawa tema "Keterangkuman dan Kemampanan". - Gambar fail
PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi hari ini memaklumkan pemberian kemudahan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara dalam talian atau fizikal kepada semua institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) dan institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) di sekitar Lembah Klang sepanjang sidang Kemuncak ASEAN ke-47.
Ringkasan AI
Menerusi kenyataan hari ini, KPT meminta pihak institusi pendidikan tinggi (IPT) terlibat khususnya di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya untuk membuat semakan lokasi, masa dan tarikh laluan yang ditutup sepanjang tempoh 26 hingga 28 Okt ini.
Menurut KPT, langkah itu bagi menentukan keperluan PdP secara dalam talian untuk memastikan warga IPT tidak terkesan dengan penutupan jalan berkenaan.
"Kemudahan yang diberikan ini bagi memastikan kesejahteraan warga IPT dan membolehkan mereka merancang pergerakan masing-masing sekali gus memastikan proses PdP berjalan dengan lancar," menurut kenyataan itu.
KPT turut menasihati pelajar serta warga IPT yang terkesan untuk berhubung dengan IPT masing-masing bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut.
Media sebelum ini melaporkan enam lebuh raya dan 25 jalan utama di sekitar Lembah Klang akan dilencongkan secara berperingkat bersempena dengan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang dijadualkan berlangsung dari 26 hingga 28 Okt ini.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata laluan berkenaan termasuk Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuhraya GUTHRIE, Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya MEX dan Lebuhraya KL-Seremban.
Jalan lain terlibat ialah Lebuh KLIA, Lingkaran Putrajaya, dan beberapa jalan utama di pusat bandar termasuk Jalan Istana, Jalan Damansara, Jalan Tun Razak, Jalan Ampang, Jalan Sultan Ismail, Jalan Bukit Bintang, Jalan Parlimen dan Jalan Kuching.
Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan sidang berkaitan yang akan berlangsung dari 26 hingga 28 Okt ini merupakan kemuncak kepada Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia pada 2025 yang membawa tema "Keterangkuman dan Kemampanan".
-- BERNAMA
Dapatkan berita ASEAN 2025 di sini
Ringkasan AI
- Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) membenarkan institusi pendidikan tinggi awam dan swasta di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya melaksanakan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara dalam talian atau fizikal sepanjang Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dari 26 hingga 28 Oktober.
- Langkah itu bagi memastikan warga IPT tidak terkesan dengan penutupan jalan dan lencongan trafik melibatkan enam lebuh raya serta 25 jalan utama di Lembah Klang, termasuk Jalan Tun Razak, Jalan Istana, Jalan Ampang dan Lebuhraya ELITE.
- KPT menasihati pelajar dan warga IPT untuk berhubung dengan institusi masing-masing bagi mendapatkan maklumat lanjut, selain memastikan proses PdP berjalan lancar dan pergerakan dirancang dengan baik sepanjang tempoh sidang berlangsung.