MALAYSIA
Sidang Kemuncak ASEAN: Lebih 3,000 pegawai Imigresen bertugas di pintu masuk negara
JIM memaklumkan latihan kesiapsiagaan menyeluruh turut dilaksanakan bagi memperkukuh kecekapan pegawai dalam menyambut dan mengurus ketibaan perwakilan dari lebih 30 negara yang menghadiri sidang kemuncak berkenaan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menugaskan lebih 3,000 pegawai di semua pintu masuk negara bagi memastikan kelancaran urusan ketibaan delegasi antarabangsa bersempena dengan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dari 26 hingga 28 Okt ini.
Ringkasan AI
JIM memaklumkan latihan kesiapsiagaan menyeluruh turut dilaksanakan bagi memperkukuh kecekapan pegawai dalam menyambut dan mengurus ketibaan perwakilan dari lebih 30 negara yang menghadiri sidang kemuncak berkenaan.
"Imigresen kekal komited dalam memastikan aspek keselamatan dan urusan imigresen berjalan lancar serta bertaraf antarabangsa," menurut jabatan itu dalam kenyataan di Facebook, hari ini.
Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan sidang berkaitan yang akan berlangsung dari 26 hingga 28 Okt ini merupakan kemuncak kepada Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia pada 2025 yang membawa tema "Keterangkuman dan Kemampanan".
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, Perdana Menteri China Li Qiang, Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva dan Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa antara pemimpin dunia yang dijangka hadir ke sidang kemuncak berkenaan.
-- BERNAMA
Dapatkan berita ASEAN 2025 di sini
Ringkasan AI
- Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menugaskan lebih 3,000 pegawai di semua pintu masuk negara bagi memastikan kelancaran urusan ketibaan delegasi antarabangsa sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dari 26 hingga 28 Oktober ini.
- Latihan kesiapsiagaan turut dilaksanakan bagi memperkukuh kecekapan pegawai dalam mengurus ketibaan perwakilan dari lebih 30 negara, termasuk pemimpin dunia seperti Presiden AS Donald Trump dan Perdana Menteri China Li Qiang.
- JIM menegaskan komitmen memastikan urusan imigresen berjalan lancar dan bertaraf antarabangsa, selaras dengan peranan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 yang membawa tema -Keterangkuman dan Kemampanan-.