MALAYSIA
Sidang Kemuncak ASEAN: Lencongan, penyuraian trafik bagi raptai bermula 8 pagi esok - PDRM
Raptai pergerakan motosikal sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Mesyuarat Berkaitan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan lencongan dan penyuraian trafik secara berperingkat bermula 8 pagi sehingga 7.45 malam esok sempena raptai Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan.
Ringkasan AI
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata raptai yang akan diteruskan sehingga Jumaat ini adalah langkah penting bagi memastikan pergerakan delegasi sebenar kelak berjalan lancar dan tersusun.
"Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya mengelak daripada menggunakan laluan terlibat semasa raptai, mengikut panduan petugas trafik dan papan tanda sementara serta menggunakan pengangkutan awam," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
"Penutupan jalan hanya akan dilakukan selama dua kali iaitu selama 45 minit pada 8 hingga 8.45 pagi dan 7 hingga 7.45 malam, bagi memastikan semua laluan, penugasan serta pengiringan delegasi antarabangsa dapat dilakukan dengan sempurna," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Dalam pada itu, beliau berkata jumlah 1,111 pegawai dan anggota trafik yang ditugaskan untuk kawalan lalu lintas, pengiringan delegasi kenamaan serta penguatkuasaan undang-undang untuk memastikan kelancaran lalu lintas semasa sidang kemuncak adalah mencukupi.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- PDRM akan laksana lencongan dan penyuraian trafik berperingkat dari 8 pagi hingga 7.45 malam esok sempena raptai Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.
- Penutupan jalan hanya dua kali 8 hingga 8.45 pagi dan 7 hingga 7.45 malam bagi memastikan kelancaran pergerakan delegasi antarabangsa.
- Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata seramai 1,111 pegawai dan anggota trafik ditugaskan bagi kawalan, pengiringan dan penguatkuasaan sepanjang sidang berlangsung.