MALAYSIA
Sidang Kemuncak ASEAN: Malaysia mahu kedatangan Trump, Jinping beri nilai berpanjangan - PM
Anwar mengalu-alukan kedatangan ketua-ketua negara, dan rakan dialog, termasuk Donald Trump dan berkemungkinan Xi Jinping. - Foto fail/BERNAMA
CYBERJAYA: Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang bakal berlangsung di ibu negara pada Oktober depan bakal menjadi medan himpunan pemimpin-pemimpin dunia, selain pemimpin serantau dan rakan dialog ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ringkasan AI
Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025, kata beliau lagi, mengalu-alukan kedatangan ketua-ketua negara, dan rakan dialog, termasuk Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, dan berkemungkinan Presiden China, Xi Jinping.
Selain itu, Perdana Menteri berkata, Malaysia juga menerima indikasi positif tentang kehadiran Presiden Brazil, Luis Inacio Lula da Silva, dan Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa, yang masing-masing merupakan Pengerusi BRICS dan G20 ketika ini.
“Tetapi mengesahkan kehadiran mereka baru merupakan langkah pertama. Ujian yang sebenar ialah memastikan pemimpin-pemimpin berkenaan merasakan masa mereka di Malaysia benar-benar bernilai.
“Kita perlu memastikan lawatan mereka ke Malaysia menghasilkan keputusan yang akan memberikan nilai yang berpanjangan oleh perspektif dunia terhadap rantau ini,” katanya lagi.
Untuk rekod, Rakan dialog ASEAN terdiri daripada Australia, Kanada, China, Kesatuan Eropah, India, Jepun, New Zealand, Korea Selatan, Rusia, United Kingdom dan Amerika Syarikat.
Pada Mei lalu, Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China, yang dihadiri Perdana Menteri China, Li Qiang merupakan yang pertama seumpamanya, mencerminkan usaha Malaysia untuk memperkukuh kerjasama ekonomi serantau.
GCC merangkumi Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu.
Dapatkan berita ASEAN 2025 di sini
Ringkasan AI
- Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 bakal himpunkan pemimpin dunia di Kuala Lumpur: Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 mengalu-alukan kehadiran pemimpin dari AS, China, BRICS dan G20.
- Malaysia tekankan nilai lawatan dan hasil jangka panjang: Anwar mahu pastikan kunjungan pemimpin dunia ke Malaysia memberi impak positif kepada rantau dan persepsi global.
- Usaha perkukuh kerjasama serantau diteruskan: Sidang ASEAN-GCC-China pada Mei lalu jadi bukti komitmen Malaysia dalam memperluas hubungan ekonomi dan diplomatik.