MALAYSIA
Sidang Kemuncak ASEAN: Pemimpin luar puji kecekapan PDRM - PM
PDRM menugaskan hampir 6,200 pegawai dan anggota bagi memastikan keselamatan sepanjang penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46, baru-baru ini - Foto/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kecekapan dan komitmen yang ditunjukkan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang berlangsung di ibu negara pada bulan lalu mendapat penghargaan daripada pemimpin luar.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beberapa pemimpin anggota ASEAN dan negara luar memberi pengiktirafan kepada pasukan polis, dengan menyifatkan kecekapan mereka sebagai luar biasa
“Semasa Premier China, Li Qiang hadir, mereka anggap kecekapan polis kita sebagai luar biasa.
“Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah memberitahu saya, bahawa selama berdekad lamanya baginda hadir dalam Sidang Kemuncak ASEAN, ini antara pengurusan keselamatan tercekap dan terbaik di rantau ini,” katanya.
Perdana Menteri berucap ketika merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Kali Ke-90 (MAPT90) KPDRM Berhad di ibu negara pada Jumaat.
Hadir sama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.
Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 26 dan 27 Mei lalu menghimpunkan pemimpin-pemimpin utama rantau Asia Tenggara.
Sidang berkenaan merupakan platform tertinggi bagi negara-negara anggota termasuk Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand, Filipina, Brunei, Vietnam, Laos, Myanmar dan Kemboja membincangkan isu serantau secara kolektif.
Selain Sidang Kemuncak ASEAN ke-46, turut berlangsung secara serentak ialah Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) kedua dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China buat julung kalinya.
Razarudin sebelum ini dilapor berkata PDRM menugaskan hampir 6,200 pegawai dan anggota bagi memastikan keselamatan sepanjang penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN.
Dapatkan berita ASEAN 2025 di sini