MALAYSIA
Sidang Kemuncak ASEAN: Penjawat awam di Selangor diberi kelonggaran bekerja dari rumah
Amirudin berkata, mereka yang terlibat boleh berbuat demikian dengan memohon kepada Ketua Jabatan masing-masing bagi pertimbangan sewajarnya. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR : Menjelang Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang akan berlangsung dari 26 hingga 28 Oktober ini, Kerajaan Selangor memberi kelonggaran kepada penjawat awam negeri dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk bekerja dari rumah bermula Jumaat.
Ringkasan AI
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, mereka yang terlibat boleh berbuat demikian dengan memohon kepada Ketua Jabatan masing-masing bagi pertimbangan sewajarnya.
Menurut beliau, keputusan itu diambil bagi memastikan perkhidmatan kepada rakyat dapat diteruskan dan pada masa sama mengurangkan beban perjalanan penjawat awam akibat kesesakan trafik susulan penutupan beberapa jalan utama di ibu kota sempena sidang kemuncak berkenaan.
“Langkah ini diambil sebagai persediaan menghadapi kemungkinan kesesakan lalu lintas yang dijangka berlaku sepanjang tempoh persidangan, selain memastikan operasi kerajaan negeri berjalan lancar,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Jumaat.
Dalam pada itu, Amirudin berkata, Kerajaan Negeri turut menggalakkan sektor swasta menawarkan fleksibiliti serupa kepada pekerja mereka, sekiranya menepati kemampuan dan kebolehan sistem syarikat masing-masing, bagi memastikan kesejahteraan pekerja terjamin.
Terdahulu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan enam lebuh raya dan 25 jalan utama di sekitar ibu kota akan ditutup secara berperingkat selama tiga hari bermula 26 Oktober, bersempena Sidang Kemuncak ASEAN yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Enam lebuh raya terbabit ialah Lebuhraya ELITE (KLIA–Putrajaya), Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) (Subang–Jalan Duta), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Utara–Selatan (PLUS) (Sungai Buloh–Jalan Duta), Lebuhraya Maju (MEX), dan Lebuhraya KL–Seremban (Sungai Besi–Pusat Bandar).
Ringkasan AI
- Kerajaan Selangor beri kelonggaran WFH kepada penjawat awam negeri dan GLC bermula Jumaat bagi kurangkan kesesakan sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 (2628 Okt).
- Sektor swasta digalakkan tawar fleksibiliti sama, jika mampu, untuk jaga kesejahteraan pekerja dan kelancaran operasi.
- PDRM umum lencongan trafik berperingkat melibatkan enam lebuh raya dan 25 jalan utama sekitar KL sepanjang sidang kemuncak.