MALAYSIA
Sidang Kemuncak ASEAN: Tolak kehadiran Trump bukan jalan penyelesaian - PMO
Kehadiran Trump serta pemimpin-pemimpin dunia lain ke Kuala Lumpur adalah sebahagian daripada mandat diplomasi yang diamanahkan kepada Malaysia selaku Pengerusi ASEAN - fotoREUTERS
KUALA LUMPUR: Menolak kehadiran Presiden Amerika, Donald Trump ke Malaysia sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 pada Oktober ini, bukanlah langkah penyelesaian yang tepat.
Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, hal ini kerana prinsip diplomasi menuntut keberanian untuk menyampaikan kebenaran secara bersemuka, dan bukan dengan mengelak.
Tegasnya lagi, kehadiran Trump serta pemimpin-pemimpin dunia lain ke Kuala Lumpur adalah sebahagian daripada mandat diplomasi yang diamanahkan kepada Malaysia selaku Pengerusi ASEAN.
"Dengan cara ini, Malaysia bukan sahaja menzahirkan solidariti kepada Gaza, tetapi juga menunjukkan kebijaksanaan sebagai tuan rumah yang berani, tegas dalam prinsip, dan matang dalam diplomasi," katanya semasa Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri, pada Selasa.
Mengulas lanjut, Tunku Nashrul berkata penyertaan Trump tidak harus dilihat sebagai bentuk pengiktirafan terhadap dasar peribadi mana-mana pemimpin, sebaliknya merupakan penghormatan terhadap ASEAN dan kepimpinan Malaysia dalam menerajui blok serantau itu.
Ujarnya, Perdana Menteri sendiri merupakan antara suara paling lantang di peringkat antarabangsa dalam membela nasib Gaza, mengecam kekejaman Israel serta mengetuai solidariti umat Islam dalam pelbagai forum global.
"Pejabat Perdana Menteri mengambil maklum wujud pandangan daripada beberapa pihak, termasuk tokoh politik tanah air yang menuntut jemputan kepada Trump ditarik balik atas dasar pandangan beliau terhadap isu Palestin.
"Pendirian Malaysia mengenai Palestin tidak pernah berubah, ia jelas, tegas, dan konsisten sejak dahulu," katanya lagi.
Dalam masa sama, Tunku Nashrul menambah Malaysia komited untuk memastikan Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47, bukan sahaja tertumpu kepada isu geopolitik semata-mata, tetapi turut memacu agenda kerjasama strategik demi kemakmuran rantau ini.
Menurutnya, Malaysia membawa suara ASEAN agar sidang kemuncak kali ini memberi fokus kepada pemerkasaan kerjasama ekonomi, peningkatan pelaburan strategik, peluasan perdagangan serantau serta mempercepatkan proses integrasi ASEAN sebagai kuasa ekonomi dunia.
Kerajaan MADANI juga, katanya akan memastikan sidang kemuncak tersebut menjadi bukti bahawa Malaysia mampu memimpin dengan hikmah, lantang membela yang tertindas, cekal memperjuangkan kepentingan rakyat, dan bijaksana mengimbangi diplomasi global.
Ahad lalu, Perdana Menteri dalam satu sidang media di Sandakan, Sabah menempelak pihak yang mempertikaikan jemputan kepada Trump untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di ibu negara pada bulan depan.
Anwar berkata, Kuala Lumpur akan menggunakan platform diplomasi berkenaan untuk terus lantang menyuarakan isu Palestin.

#ASEAN 2025
#Anwar Ibrahim
#bantahan Donald Trump datang Malaysia
#Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri