awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sidang Kemuncak G20: Malaysia - Brazil desak gencatan senjata segera di Gaza

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
17/11/2024
21:10 MYT
Sidang Kemuncak G20: Malaysia - Brazil desak gencatan senjata segera di Gaza
Perdana Menteri Anwar (kanan) dan Presiden Lula menegaskan sokongan mereka terhadap penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat dalam pertemuan di dua hala di luar Sidang Kemuncak G20, di Rio De Janeiro, pada Ahad. - Gambar Bernama
RIO DE JANEIRO (Brazil): Malaysia dan Brazil mendesak gencatan senjata segera dan kekal di Gaza selain menuntut Israel memastikan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin yang terjejas akibat konflik itu dapat disalurkan tanpa sebarang sekatan.
Menerusi kenyataan bersama antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Brazil, Luiz Inácio Lula da Silva, kedua-dua pemimpin juga mahu pengwujudan Palestin yang berdaulat.
“Kedua-dua pemimpin juga sekali lagi menegaskan sokongan mereka terhadap penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara, berdasarkan sempadan sebelum 1967, serta keanggotaan penuh Palestin dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” menurut kenyataan bersama tersebut.
Anwar dan Lula sebelum itu mengadakan pertemuan dua hala di luar Sidang Kemuncak G20, di sini, pada Ahad.
Pada masa sama, kedua-dua pemimpin turut menegaskan komitmen masing-masing untuk memerangi ketidaksetaraan, kelaparan dan kemiskinan serta berusaha meningkatkan taraf hidup rakyat kedua-dua negara.
Ini termasuk pelancaran “Global Alliance against Hunger and Poverty” di mana Lula menzahirkan penghargaan terhadap keputusan Malaysia untuk menyertai pakatan itu sebagai anggota pengasas.
Kedua-dua pemimpin turut mengulangi komitmen mereka terhadap usaha bersama-sama dalam membasmi kelaparan di seluruh dunia menjelang akhir dekad ini, selaras dengan Agenda Pembangunan Mampan 2030.
Malah, kenyataan bersama itu menyebut kedua-dua pemimpin turut menekankan kepentingan untuk memperkukuh kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang termasuk kesihatan, industri halal, keterjaminan makanan dan pertanian, sains, teknologi dan inovasi, semikonduktor serta alam sekitar dan perubahan iklim.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#gencatan senjata
#Brazil
#Sidang Kemuncak G20
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan