KUALA LUMPUR: Mesyuarat Khas Parlimen bagi membentang dan membahaskan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 akan diadakan esok.
Sidang khas itu merangkumi Mesyuarat Khas Dewan Rakyat pada Isnin (11 April) dan Mesyuarat Khas Dewan Negara pada Selasa (12 April).
Pembentangan dan perbahasan itu melibatkan penggubalan punca kuasa di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan bagi memberi kuasa untuk penggubalan akta baharu berkaitan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti.
Bagaimanapun, Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) berhubung Antilompat Parti yang dijadual dibentang, dibahas dan diluluskan pada mesyuarat khas kali ini, ditangguh ke satu lagi sidang khas Parlimen yang akan ditentukan kelak.
Penangguhan itu dipersetujui pada mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Transformasi dan Kestabilan Politik Khamis lepas, yang diwakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Pengerusi jawatankuasa itu Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Turut hadir beberapa wakil kerajaan dan blok pembangkang antaranya Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa, Ahli Parlimen Alor Gajah Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof, Setiausaha Agung DAP yang juga Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke Siew Fook dan Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo.
Pembentangan dan perbahasan Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti itu ditangguh buat kali kedua selepas dijadual untuk dibentang bagi bacaan kali pertama pada 24 Mac. Penangguhan kali pertama itu dibuat untuk membolehkan pandangan serta input semua pihak terlibat diperoleh dan semua sesi libat urus selesai.
Wan Junaidi sebelum ini dilaporkan berkata beberapa cadangan pindaan Perlembagaan akan dibentang semasa persidangan Dewan Rakyat Mac lepas termasuk rang undang-undang berkaitan Anti Lompat Parti dan mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri kepada dua penggal.
Ia selaras saranan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mahu rang undang-undang itu disegerakan selepas kerajaan memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik bersama Pakatan Harapan pada 13 Sept 2021.
Pada 2 April, Wan Junaidi mendedahkan seramai 39 Ahli Parlimen di negara ini melompat parti sejak 2018 dan tindakan itu membawa kepada ketidakstabilan politik selain negara turut menyaksikan pertukaran tiga perdana menteri dalam satu penggal Parlimen.
Persidangan khas Parlimen adalah mesyuarat yang diadakan semasa Majlis dalam tangguhan dan mengikut Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat Peraturan 11 (3), urusan-urusan mesyuarat itu hendaklah ditetapkan oleh Perdana Menteri dan pemberitahuan berkenaan urusan itu hendaklah dihantar kepada ahli-ahli tidak lewat daripada masa hendak diadakan mesyuarat itu.
Mesyuarat Khas Parlimen itu juga berbeza dengan mesyuarat penggal biasa antaranya tiada urusan-urusan kerajaan lain dan sesi soal jawab lisan.
Sidang khas kali ini adalah yang ketiga dalam tempoh setahun selepas mesyuarat khas berkaitan Proklamasi Darurat serta Ordinan-ordinan Darurat diadakan pada 26 Julai 2021 dan sidang khas isu banjir pada 20 Jan.
Selain itu, sidang khas Parlimen sebelum ini yang pernah diadakan antaranya berkenaan isu Gaza pada 12 Jan 2009, isu MH17 pada 23 Julai 2014 dan Isu Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) pada 26 dan 27 Jan 2016.
Dalam pada itu, Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen ke-14 dijadual bermula pada 18 Julai hingga 4 Ogos manakala Mesyuarat Ketiga dijadual selama 31 hari bermula 26 Okt hingga 15 Dis ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 10 2022

Mesyuarat Khas Parlimen bagi membentang dan membahaskan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 akan diadakan esok. -Astro AWANI/Shahir Omar

Ketirisan LCS | Kerajaan digesa tubuh RCI agar siasatan lebih telus
Kerajaan digesa menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat skandal pembelian enam Kapal Tempur Pesisir (LCS) bernilai RM9 bilion. Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, langkah itu bagi mendedahkan petualang di sebalik skandal itu serta tindakan sewajarnya dikenakan demi menjamin keselamatan dan kedaulatan negara.

Pindaan Akta | Penunggang p-hailing bakal disyaratkan memiliki GDL
Penunggang perkhidmatan p-hailing bakal disyaratkan untuk memiliki Lesen Memandu Vokasional (GDL) apabila beberapa akta sedia ada dipinda. Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, langkah itu bagi memastikan perkhidmatan p-hailing di negara ini diselia dengan baik.

10 Berita Pilihan - (08 Ogos 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 8 Ogos 2022.

Rang Undang-Undang Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah 2021 mampu jimat kos, hukuman lebih adil
Rang Undang-Undang Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah (Pindaan) 2021 dilihat mampu menjimatkan kos pengurusan penjara selain mewujudkan hukuman lebih adil kepada pesalah.

ASEAN55: Dasar tidak campur tangan perlu lihat keadaan semasa
Timbalan KSU (Jabatan Hal Ehwal Pelbagai Hala) Kementerian Luar Negeri, Datuk Cheong Loon Lai melihat dasar tidak campur tangan ASEAN perlu diolah mengikut situasi terkini di rantau ini.

ASEAN55: Perkongsian kelebihan & kekurangan rapatkan jurang antara negara anggota
Ketua Penolong Pengarah Seksyen Pembangunan Komuniti & Sosial NADMA, Muhammad Fauzie Ismail melihat ASEAN berada di landasan betul dalam usaha kemanusiaan.

ASEAN55: Perlu ada keberanian untuk kaji semula dasar-dasar tertentu
Ketua Pegawai Eksekutif GPM Malaysia, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin berpendapat ASEAN perlu melihat semula kedudukan mereka menuju matlamat asal penubuhannya.

PDRM umum pertukaran 20 pegawai kanan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran 20 pegawai kanannya berkuat kuasa 12 Sept ini.

Tidak jadi mesyuarat khas, RUU antilompat parti dibentang dalam sidang Parlimen 18 Julai ini
Tiada keperluan untuk kerajaan mengadakan Mesyuarat Khas Parlimen bagi membentang dan membahaskan rang undang-undang (RUU) perlembagaan berkaitan peruntukan larangan ahli Dewan Rakyat bertukar parti.

RUU Antilompat Parti: Rakyat mual dengan kegelojohan 'politik khianat' - Anwar
Tidak semua ahli politik sanggup menggadaikan maruah dan diri semata-mata kerana kedudukan dan wang ringgit.

Sidang khas Parlimen bermula hari ini
Sidang khas itu merangkumi mesyuarat khas Dewan Rakyat hari ini dan mesyuarat khas Dewan Negara pada Selasa (12 April).

Sidang khas Parlimen mulai esok
Mesyuarat Khas Parlimen bagi membentang dan membahaskan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 akan diadakan esok.

Menteri bercuti ketika bencana: Nak jaga hati 'orang rumah' lebih daripada nak jaga rakyat
Jentera kerajaan perlu berjalan dengan lancar menerusi arahan dari semasa ke semasa yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha kementerian.

RM300 bilion tangani banjir: Ini 9 fokus penyelesaian jangka panjang
Fokus adalah kepada pembangunan infrastruktur air seperti tebatan banjir, pembinaan benteng, ban, pencegahan hakisan pantai dan sebagainya.

Mesyuarat Khas Parlimen: 'Rakyat mati, rumah hanyut... kita pilih pergi umrah' - Anwar
Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata ada yang memilih untuk melaksanakan umrah berbanding mengutamakan nyawa rakyat.

Mesyuarat Khas Parlimen: Dewan Rakyat tolak usul bahas isu pemilikan saham Azam Baki
Agenda Mesyuarat Khas Penggal Keempat Parlimen Ke-14 yang ditetapkan adalah berkaitan isu banjir.

Mesyuarat Khas Parlimen: Abdul Latiff akui kelemahan, perlu pertingkat pengurusan bencana negara
Pengurusan bencana negara ketika ini masih mengamalkan kaedah pengumpulan maklumat secara konservatif dan tidak seiring dengan perkembangan teknologi semasa.

Mesyuarat Khas Parlimen bincang isu Azam baki tidak wajar dipersulitkan - Anwar
Anwar berkata, mesyuarat itu penting dalam memastikan Azam mendapat ruang yang secukupnya bagi memberi penjelasan dan membuat pembelaan.