Sidang media Rafizi tengah hari ini dijangka jadi tumpuan

Astro Awani
Januari 25, 2023 01:30 MYT
Sidang Media Penerbitan Harga IHP oleh Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli hari ini dijangka bakal jadi tumpuan berikutan isu harga barang dan makanan mahal sedang hangat diperdebatkan. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dijangka mengadakan sidang media pada jam 1 tengah hari, hari ini.
Fokus sidang media itu bakal tertumpu kepada isu Indeks Harga Pengguna bagi bulan Disember 2022.
Turut menjadi tumpuan adalah isu harga barangan dan makanan yang hangat diperdebatkan kebelakangan ini.
Ia susulan kenyataan Rafizi sebelum ini yang menyatakan bahawa harga bahan mentah telah mengalami penurunan serta menasihatkan agar peniaga menurunkan harga barangan dan makanan.
Bagaimanapun respons sebaliknya disuarakan para peniaga yang kebanyakannya menafikan perkara tersebut.
Ikuti sidang media ini di saluran 501 serta di platform media sosial dan aplikasi Astro AWANI.
#Rafizi Ramli #Penerbitan Harga Indeks Harga Pengguna #Menteri Ekonomi #harga barangan naik