awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong terima menghadap Anwar, dipersembah taklimat isu semasa negara
Kehilangan Nadia Kesuma dilaporkan kepada polis Arab Saudi
Bekas wartawan FMT akan dibebas selepas selesai rakam percakapan - Saifuddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sidang Parlimen buka tirai Isnin, titah Agong tumpuan utama

Bernama
Bernama
17/01/2026
04:40 MYT
Sidang Parlimen buka tirai Isnin, titah Agong tumpuan utama
Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-15 akan bermula Isnin ini dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada istiadat pembukaan mesyuarat itu menjadi tumpuan utama. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-15 akan bermula Isnin ini dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada istiadat pembukaan mesyuarat itu menjadi tumpuan utama.
Seri Paduka Baginda dijadual menyampaikan Titah Diraja itu bagi perasmian kedua-dua dewan, iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Inti pati Titah Diraja itu dijangka menyentuh pelbagai perkara penting termasuk soal pembangunan negara, kebajikan rakyat dan perihal ekonomi selaras dengan permulaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), iaitu pelan pembangunan lima tahun negara yang bermula tahun ini hingga 2030.
Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-15 itu akan disiarkan secara langsung bermula 10 pagi menerusi saluran media rasmi, televisyen tempatan dan platform dalam talian.
Sebelum urusan Titah Diraja berlangsung di Dewan Rakyat, Yang di-Pertuan Agong dijadual berangkat ke Dataran Parlimen bagi menerima sembah Hormat Diraja oleh pasukan Kawalan Kehormatan Utama, Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja Kem Sungai Besi.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof, barisan jemaah menteri dan ketua perwakilan asing turut dijadual menghadiri istiadat berkenaan.
Berdasarkan takwim di laman web rasmi Parlimen, persidangan Dewan Rakyat yang berlangsung selama 20 hari itu akan menyaksikan pembentangan usul Menjunjung Kasih dan Perbahasan Titah Diraja, diikuti dengan sesi perbahasan usul berkenaan selama tujuh hari mulai 20 Jan.
Sidang Parlimen kemudian diteruskan dengan sesi jawapan oleh menteri berkaitan pada minggu ketiga persidangan, bermula 4 hingga 10 Feb.
Takwim itu turut menyenaraikan sesi pembentangan rang undang-undang (RUU) dan urusan kerajaan yang lain akan berlangsung pada enam hari terakhir persidangan bermula 23 Feb.
Menurut takwim berkenaan, Parlimen tidak bersidang pada 2 dan 3 Feb berikutan sambutan Hari Wilayah Persekutuan dan Hari Thaipusam, serta pada 16 hingga 19 Feb susulan sambutan Tahun Baharu Cina dan awal Ramadan pada minggu itu.
Persidangan Dewan Negara pula akan berlangsung selama 13 hari bermula 23 Feb.
Dalam pada itu, pembentangan beberapa undang-undang baharu dijangka menjadi agenda utama pada persidangan Dewan Rakyat kali ini, antaranya RUU bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada tidak lebih 10 tahun atau dua penggal penuh serta RUU berkaitan pemisahan kuasa Pendakwa Raya dengan Peguam Negara.
Perdana Menteri pada 5 Jan lepas mengumumkan perkara itu yang disifatkan beliau sebagai antara langkah reformasi institusi dilaksanakan kerajaan pada sesi Parlimen tahun ini.
Anwar berkata, RUU lain termasuk RUU Ombudsman 2025 dan RUU berkaitan Akta Kebebasan Maklumat.
Selain itu, turut menjadi tumpuan bacaan kali kedua RUU Perjanjian Penyelesaian Antarabangsa Yang Terhasil Daripada Pengantaraan 2025 serta RUU Pembaharuan Semula Bandar 2025 yang tertangguh pada sidang sebelum ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Parlimen
#titah agong
#titah diraja
#Dewan Rakyat
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan