[TERKINI] Kes Zara Qairina: JSJ Sahkan Pegawai Penyiasat Tidak Patuh SOP, Gagal Mohon Bedah Siasat – Ikuti Perkembangan Di Sini
MALAYSIA

Sidang Parlimen terakhir sebelum PRU14 bermula 5 Mac

Bernama 15/01/2018 | 21:24 MYT
Persidangan kali ini dijangka akan digunakan sepenuhnya oleh anggota Parlimen untuk mengetengahkan isu-isu semasa, termasuk persempadanan semula kawasan pilihan raya. - Astro AWANI
Mesyuarat Pertama, Penggal Keenam, Parlimen ke-13 tahun 2018 dijadualkan bersidang selama 20 hari bermula 5 Mac hingga 5 April, demikian menurut seorang wakil rakyat.

Anggota Parlimen Sekijang Anuar Abd Manap berkata beliau dimaklumkan mengenai perkara tersebut oleh Parlimen pada Isnin.

Persidangan itu akan dirasmikan pada 5 Mac nanti, katanya kepada Bernama.

Beliau menjangkakan persidangan kali ini merupakan yang terakhir sebelum pilihan raya umum dan yakin ia akan digunakan sepenuhnya oleh anggota parlimen untuk mengetengahkan isu-isu semasa termasuk persempadanan semula kawasan pilihan raya. -- Bernama



#Anuar Abd Manap #Dewan Rakyat #persempadanan semula #pilihan raya #Sidang Parlimen