MALAYSIA

Sifar GST bermula 1 Jun - TNB

Bernama 29/05/2018 | 10:52 MYT
Untuk bil elektrik Mei/Jun 2018, kadar GST adalah prorata.
Tenaga Nasional Bhd (TNB) akan melaksanakan sifar peratus Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi semua kegunaan elektrik berkuatkuasa 1 Jun, 2018, sejajar dengan pelaksanaan kadar sifar GST pada tarikh sama.
Untuk bil elektrik Mei/Jun 2018, kadar GST adalah prorata, kata syarikat utiliti itu dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Untuk maklumat lanjut, pelanggan TNB dinasihatkan menghubungi TNB CareLine di 1300-88-5454 atau www.myTNB.com.my.
— BERNAMA
#cukai barang dan perkhidmatan #elektrik #GST #Tenaga Nasional Bhd #TNB