MALAYSIA
Sifar kes culik untuk tebusan di Pantai Timur Sabah sejak 2020 - Saifuddin Nasution
Saifuddin (kanan) meninjau pelaksanaan program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) melibatkan anggota polis di stesen minyak Petronas Jalan Bokara, di sini hari ini. - Gambar/ Bernama
SANDAKAN: Tiada lagi insiden penculikan untuk wang tebusan atau kidnap-for-ransom (KFR) di Pantai Timur Sabah dilaporkan sejak Januari 2020 hasil kawalan ketat di bawah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Ringkasan AI
Beliau berkata kejayaan itu bukan berlaku secara kebetulan tetapi hasil daripada perancangan dan pelaksanaan rapi melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di bawah kawalan operasi pusat.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet berkenaan Keselamatan Sempadan berkata laporan berhubung penguatkuasaan, pemeriksaan, tangkapan serta insiden yang berlaku dibentang secara berkala.
"Sebelum ini, jenayah penculikan untuk wang tebusan berleluasa, (namun) sifar kes dilaporkan sejak Januari 2020. Itu bukan berlaku secara tiba-tiba, bukan terjadi begitu sahaja tetapi hasil perancangan. Ia hasil penempatan, pemantauan, kesiapsiagaan dan keupayaan aset yang diterajui polis di bawah ESSCom," katanya.
Saifuddin Nasution berkata demikian pada sidang media selepas meninjau pelaksanaan program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) melibatkan anggota polis di stesen minyak Petronas Jalan Bokara, di sini hari ini.
Saifuddin Nasution berkata kerajaan akan terus memperkukuh peranan ESSCom bagi memastikan Pantai Timur Sabah kekal selamat dan kondusif untuk pembangunan ekonomi serta pelancongan.
Beliau berkata langkah itu penting kerana keselamatan yang terjamin menjadi penentu kepada pertumbuhan ekonomi setempat termasuk sektor pelancongan.
Tambah beliau hasil keamanan yang diwujudkan, kerajaan yakin untuk memasarkan semula potensi pelancongan di Pantai Timur Sabah dengan membawa diplomat serta wakil asing melawat kawasan berkenaan termasuk ke pulau.
"Negara yang sebelum ini mengenakan sekatan perjalanan kerana peristiwa lepas kini berpeluang mengubah keputusan mereka dan memang ada beberapa negara yang sudah pun berbuat demikian.
"Kejayaan ini membolehkan kita mencadangkan kepada mereka (negara luar) untuk menilai semula keputusan sekatan perjalanan," katanya.
Saifuddin berkata kesan daripada keamanan di Pantai Timur Sabah dapat dilihat dengan cepat, antaranya peningkatan trafik penerbangan antarabangsa di Lapangan Terbang Tawau.
"Kita ada sembilan kaunter imigresen di situ. Penerbangan antarabangsa dari China sahaja sudah mencecah empat hingga lima sehari. Jadi kita tidak boleh lagi menampung keadaan itu. Itu contohnya.
"Insiden penculikan untuk wang tebusan yang sebelum ini menyebabkan pelancong takut datang, kini tiada lagi. Ini menunjukkan tahap kesiapsiagaan dan keberkesanan ESSCom," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Tiada insiden penculikan untuk wang tebusan (KFR) dilaporkan di Pantai Timur Sabah sejak Januari 2020 hasil kawalan ketat oleh ESSCom melalui kerjasama PDRM, ATM dan APMM, menunjukkan keberkesanan perancangan dan kesiapsiagaan operasi keselamatan.
- Kerajaan komited memperkukuh ESSCom bagi menjamin keselamatan berterusan, yang menjadi asas kepada pembangunan ekonomi dan pelancongan di kawasan tersebut, termasuk usaha memasarkan semula potensi pelancongan kepada negara luar.
- Keamanan yang dicapai telah meningkatkan trafik penerbangan antarabangsa ke Tawau, khususnya dari China, dan membuka peluang kepada negara-negara yang sebelum ini mengenakan sekatan perjalanan untuk menilai semula keputusan mereka.