awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
97 pusat operasi penipuan dalam talian tumpas, 1,070 ditahan - Polis
Mayat bayi lelaki ditemukan dalam tong sampah di hentian sebelah Yong Peng
Bekas jurutera mengaku salah cuba guna wang palsu, curi barang kemas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sijil cuti sakit palsu: Doktor dikenakan tindakan tegas jika terbabit

Bernama
Bernama
01/05/2019
07:34 MYT
Sijil cuti sakit palsu: Doktor dikenakan tindakan tegas jika terbabit
Dr Lee Boon Chye berkata adalah menjadi kesalahan sekiranya pengamal perubatan mengeluarkan sijil sakit palsu tanpa melakukan pemeriksaan.- Bernama
Majlis Perubatan Malaysia berhak menggantung atau memecat mana-mana pengamal perubatan yang didapati terlibat dalam penjualan sijil cuti sakit palsu.
Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata adalah menjadi kesalahan sekiranya pengamal perubatan mengeluarkan sijil sakit palsu tanpa melakukan pemeriksaan kesihatan dan mereka berisiko dikeluarkan daripada senarai pengamal perubatan.
"Siasatan akan dibuat terhadap pengamal perubatan (sekiranya terlibat). Kalau bukan pengamal perubatan, tindakan yang diambil adalah di bawah bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Jika MC dikeluarkan tanpa pengetahuan doktor dan dapat membuktikan bahawa dia bukan sebahagian daripada sindiket itu, dia boleh membuat aduan, dan tidak ada tindakan yang akan diambil terhadapnya. Tetapi apa yang perlu dilakukan oleh kita (kementerian) ialah memastikan doktor kita bukan sebahagian daripada sindiket itu," katanya.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kes penahanan enam individu termasuk dua penjawat awam yang disyaki terlibat dalam penjualan sijil cuti sakit palsu dalam beberapa serbuan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim dilaporkan sebagai berkata bahawa pihaknya juga membuat pemeriksaan ke atas tiga rumah yang didiami kesemua suspek dan merampas sebanyak 4,631 keping sijil cuti sakit klinik dan hospital kerajaan, 257 buku sijil cuti sakit bersama buku resit rasmi klinik swasta dan 216 pelbagai jenis cop doktor klinik swasta dan kerajaan dalam serbuan tersebut.
Terdahulu, Dr Lee yang merasmikan Kempen Derma Darah ke-25 anjuran Kwan Inn Teng Temple Petaling Jaya berkata program ini dengan kerjasama Pusat Darah Negara (PDN) merupakan program yang patut dicontohi oleh penganjur kempen derma darah lain.
Katanya, pihak kuil ini telah menubuhkan satu sistem bersepadu bagi memastikan proses kempen lancar, selain menggalakkan lebih ramai hadir menderma darah pada kempen yang diadakan setiap 1 Mei, bermula tahun 1995.
"Saya dimaklumkan bahawa kempen ini telah mengumpulkan lebih daripada 27,000 beg sejak 24 tahun yang lalu, ini merupakan sumbangan yang menakjubkan kepada masyarakat dan kemanusiaan dan hari ini, pihak penganjur menyasarkan untuk mengumpul 2, 000 beg," katanya.
Turut hadir Pengarah PDN Dr Noryati Abu Amin.
Difahamkan, setakat jam 1.30 petang, sebanyak 1,213 penderma telah menunaikan tanggungjawab sosial itu pada kempen yang akan berakhir 5.30 petang ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Doktor
#Hospital
#kerajaan
#Lee Boon Chye
#menteri
#PDRM
#penjawat awam
#perubatan
#Polis Diraja Malaysia
#sijil cuti sakit
#sindiket
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan