awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sijil vaksin palsu: Polis tahan 6 lagi individu, aktif cari pelanggan

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
10/01/2022
11:14 MYT
Sijil vaksin palsu: Polis tahan 6 lagi individu, aktif cari pelanggan
Doktor berusia 51 tahun itu mengaku merupakan golongan antivaksin namun mengambil suntikan atas tuntutan kerja. - Gambar/ Bernama
KUALA TERENGGANU: Seramai enam individu termasuk seorang juruteknik ditahan bagi membantu siasatan berhubung penipuan sijil vaksinasi dipercayai palsu didalangi seorang doktor antivaksin.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa, berkata kesemua mereka yang berusia 35 hingga 57 tahun itu ditahan pada Ahad, namun dibebaskan dengan jaminan hari ini.
Jelasnya kesemua individu yang ditahan itu dipercayai membantu suspek mencari pelanggan dengan menghebahkan kepada orang ramai berkaitan sijil vaksinasi tersebut.
Katanya lagi hebahan perkhidmatan itu dilakukan menerusi 'mulut ke mulut' melalui kenalan yang dipercayai dan mereka diupah RM50 bagi setiap pelanggan.
Beliau berkata pihaknya memandang serius kes berkenaan kerana membabitkan jenayah penipuan dan bencana kesihatan kepada masyarakat umum.
"Saya ingin memberi amaran kepada masyarakat, PDRM bersama Kementerian Kesihatan (KKM) akan meneruskan operasi ini untuk mengesan lain-lain tempat yang menjalankan aktiviti yang sama di Terengganu," katanya di sini, hari ini.
COVID-19 | Polis bongkar kegiatan jual sijil vaksin palsu
BACA: Polis bongkar penjualan sijil vaksin dipercayai palsu
Dalam pada itu, katanya siasatan awal terhadap kakitangan klinik berkenaan mendapati mereka tidak terlibat dalam kegiatan itu.
Jelas lagi berdasarkan pengakuan awal, doktor berusia 51 tahun itu mengaku merupakan golongan antivaksin namun mengambil suntikan atas tuntutan kerja.
Katanya, perkhidmatan penipuan sijil vaksinasi itu dilakukan suspek secara bersendirian dengan kebanyakan urusan dilakukan secara dalam talian.
Terdahulu Polis Terengganu berjaya membongkar kegiatan penjualan sijil vaksinasi dipercayai palsu susulan penahanan seorang doktor pada Sabtu lalu.
Kegiatan itu dipercayai telah dilakukan sejak September tahun lalu dengan mengenakan bayaran antara RM400 hingga RM600.
Topic Berkaitan
#sijil vaksinasi palsu
#doktor antivaksin
#enam suspek
#pencari pelanggan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan